Pages

WAHAI ENCIK D -catatan pertama-

wahai encik D,
salam perkenalan dari saya. nama saya ikhmal. 19 tahun. emak dan ayah sudah tiada. bukan meninggal dunia. tetapi kelibat mereka tidak sekali aku tatapi. dari kecil lagi tanah ini aku jejaki. tanah ini yang pernah mencium bau daki dan rasa darah aku. Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa. tempat yang penuh suka dan duka. mak pah ada kata, aku berada kat sini sebab pihat hospital yang hantar. mereka kata mak dan ayah aku tinggalkan aku kelaparan susu di hospital. jadi, atas bahu mak pah la aku menumpang kasih dan menacap susu.

sadis kan hidup aku?, kan encik D. tak mengapalah. aku harap mereka akan sentiasa ingat akan tubuh kecil ini yang tak pernah mereka lihat nangis dan ketawa aku.

aku kini baru sahaja selesai matrikulasi. sedang menunggu hari memasuki Pusat Asasi Universiti Malaya. bulan 9 agaknya. sabar tak sabar aku menunggu detik itu. tapi kesian juga kat mak pah sebab terkutu-kutu mencari wang utk aku. mana taknya, anak mak pah pertama yang berada di puncak gading. abang-abang yang lain di Rumah Titian Kaseh masing-masing mengikut keluarga angkat mereka. tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka.

ada juga abang Aqil datang melawat mak pah dan kami. itu pun, 5 bulan lepas. sekarang, entah. encik D, abang Aqil tu da mcm abang ikhmal tau. dialah yang selalu ikhmal mengadu dan tempat menumpang kekuatan. kini, masing-masing seakan-akan hilang hubungan. tiada talian yang perlu dihubungi.

agaknya encik D pernah dengar tak perempuan ada diari. ha, kat sini encik D la yang jadi tempat ikhmal menulis. meluahkan segala rasa. harap encik D tetap bersama.

jumpa esok encik D. jumpa esok. :)

3 comments:

Anonymous said...

ape beza cacatan ngan catatan?

Amri Bahruji matPuisi said...

HAHA. tersilap. nasib baik bagitau. tq. :D

Anonymous said...

hehe...ape la am ni...welcome...;p