Pages

WAHAI ENCIK D -apa khabar?-

Encik D, sejak cacatan pertama hari tu, hati ni semakin membuak untuk terus berdansa dengan pena di atas mu.

Hari ni suasana di Rumah Titian Kaseh tidak seperti dulu. Adik hakim dan adik fakhrul la yang selalu meriuhkan suasana Rumah ni. Mak Pah yang sedang sibuk membersihkan halaman rumah, habis dikacaunya. Mak Pah hanya menggeleng. Budak-budak. Entah kenapa, emak mereka yang sudah lama tidak menjenguk mereka, datang semalam. Nak bawa balik untuk menghadiri perbicaraan mahkamah dengan ayah mereka.

Seingat akulah kan wahai Encik D, perbicaraan emak dan ayah mereka sudah lama tergendala. Sebabnya,  dua-dua tak mahu mengalah. Sebelah pihak kata si suami curang, sebelah pihak lagi kata si isteri curang. Naik pening aku tengok. Inikan pula adik hakim dan adik fakhrul yang menghadapi kerenah mereka. Agaknya dah terbalik ke Encik D dunia ni. Ibu bapa pula yang menyusahkan anak-anak. Anak-anak pula yang kena faham kerenah mereka.

Entah bilalah perbicaraan tu nak habis. kata Mak Pah, tgh dalam prosiding untuk kata putus. hmm.. nampak gayanya, terpaksalah adik-adik Ikhmal tu mengantuk berada dalam kancah mahkamah tu kan. Tiba-tiba rindu pula mereka. baru sehari tiada. Belum berbulan-bulan Ikhmal tinggalkan mereka. aduh. Mati agaknya nanti Encik D.

Encik D, hari ni kan, Ikhmal pun dapat satu kejutan. Tiba-tiba datang seorang mak cik ni nak minta hutang kat Ikhmal. Dia kata untuk membalas segala jasa yang dia telah taburkan semasa Ikhmal kecil. Mak Pah pun kebingungan. Kan sejak kecil Mak Pah yang jaga. Dari mana datangnya mak cik ni pun tak tahu.

Lepas tu,  boleh  pula dia minta RM1000 kat Mak Pah. Mane la Mak Pah nak cekau duit sebanyak tu.  Apa yang Ikhmal pelik,  mak cik tu mukanya macam peminta sedekah. serabai.  Boleh pula nak minta kat kami yang sediakala susah. Nak memudahkan situasi, Mak  Pah tunjuklah kuih muih yang Mak Pah buat dengan ibu-ibu tunggal lain. ''Nak beli?'', offer Mak Pah kat mak cik tu. Mak cik tu bengang, terus keluar meninggalkan rumah kami.

Bukan apa, Mak Pah dah cuba macam-macam. Diajaknya tinggal bersama kami, tak mahu. Tempat ni terbuka untuk semua. Kita hidup sama-sama susah. Biarlah kita senang pun, bersama. Penat nak memujuk, Mak Pah buat la macam tu. Habis cerita. hahaha.

hmm.. Baiklah Encik D, sampai sini saja ya. Cukup la tu. Mak Pah dah bebel tu. Suruh anak-anaknya tidur. hehe.

3 comments:

Outbound di Malang said...

Kunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D

tenku butang said...
This comment has been removed by the author.
tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 143
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/