Pages

* * biasan kaca hati * * (puisi 18) - Mimpi itu Satu Kisah -


bicara malam ini
seringkali aku termangu
sunyi dan sepi
mengerti aku
akan sesuatu
malam

titisan air yang ku siram
dengan darah derita tajam
menghunus tembus ke dalam
desiran pekat terus menyiram
jejeh jejeh seram

sedar ku dari kamar
berteman sunyi dan sepi
lagi
mengucap
tercungap-cungap
pembunuhkah aku?
malam

keroncong memainkan lagu
lagi aku terus bercemburu
kenapa aku tidak dikurniakan sebegitu
sedap dan merdu
ah.!
aku benci penciptaku

Subhanallah
bangun aku lagi
kini petir berganti
mimpi ini mimpi ngeri
tidak sesekali aku mencacatkan kurniaan Ilahi
malam

hujan
suasana bagaikan di taman
nyaman
berlari-lari anak-anak pelarian
mencari perteduhan
kasihan tiada penumpangan
ditinggalkan bertempiaran

bangun..!
ah. hujan..
benar-benar terjadi
kebetulan atau pembetulan?
atas kesalahan atau sumpahan?
Subhanallah.
.untuk kesedaran.

1 comments:

Nismo BluebirD said...

wahh.....puisi habisss...kikiki...all de best bro...^^
mintak tolong skali...plz...
http://dolphinpenguin.blogspot.com/2010/12/undi-syplzzz361-all-bestt.html

plz rakan2...tolong undi sy sebagai bloggers terbaru 2010...plzz....anda semua rakan 2 sy...sy nak capai impian sy..plz....