Pages

* * biasan kaca hati * * (puisi 18) - Mimpi itu Satu Kisah -


bicara malam ini
seringkali aku termangu
sunyi dan sepi
mengerti aku
akan sesuatu
malam

titisan air yang ku siram
dengan darah derita tajam
menghunus tembus ke dalam
desiran pekat terus menyiram
jejeh jejeh seram

sedar ku dari kamar
berteman sunyi dan sepi
lagi
mengucap
tercungap-cungap
pembunuhkah aku?
malam

keroncong memainkan lagu
lagi aku terus bercemburu
kenapa aku tidak dikurniakan sebegitu
sedap dan merdu
ah.!
aku benci penciptaku

Subhanallah
bangun aku lagi
kini petir berganti
mimpi ini mimpi ngeri
tidak sesekali aku mencacatkan kurniaan Ilahi
malam

hujan
suasana bagaikan di taman
nyaman
berlari-lari anak-anak pelarian
mencari perteduhan
kasihan tiada penumpangan
ditinggalkan bertempiaran

bangun..!
ah. hujan..
benar-benar terjadi
kebetulan atau pembetulan?
atas kesalahan atau sumpahan?
Subhanallah.
.untuk kesedaran.

FIKIR DAHULU SEBELUM GUNA...SUDAH TERHANTUK, BARU NAK TERKANGKANG...CEPAT BERUBAH..!

Salam.. 

warna warni suria hari ini nampak tenang. 
setenang hati, segirang senyuman bibir besar mat puisi.
perihal hari ini nak berkongsi pasal ISU YANG TERJADI sejak kebelakangan ini 
mengenai sesuatu yang pada dahulunya diterima masyarakat, disokong dan digunapakai tanpa ada 
sebarang bantahan.
TETAPI, 
wacana  hari ini telah berubah 
dengan pembuktian berdasarkan kronologi peristiwa negatif yang 
memberi impak besar kepada masyarakat terhadap apa yang kita guna
 dan pakai selama ini.

ISU #1:: BEKAS POLISTRIN
FIKIR DAHULU SEBELUM GUNA

kalau dulu, 
kalau nak tapau makanan, mesti pakai bekas polistrin.  
pergi mana-mana kedai mesti menggunakan bekas ni. senang. 
tak payah gigih nak bawa tupperware dari rumah. tauke restoren pun lebih gemar menggunakan bekas polistrin sebab murah. jimat kos.

tetapi,
 sekarang, kerajaan dan aktivis kemasyarakatan memboikot penggunaan bekar polistrin kerana berkeyakinan salah satu punca kanser. 
pelbagai bukti telah dikemukakan. 
lantas, demonstrasi minda berlaku kepada masyarakat untuk membantah penggunaan ini.

pelbagai usaha baru kini dilaksanakan untuk mengurangkan penggunaan bekas ini dalam kehidupan harian.

SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERKANGKANG

ISU #2:: NESCAFE 3 in 1

FIKIR DAHULU SEBELUM GUNA


kalau dulu,
 iklan memang macam-macam. 
sehinggakan masyarakat tergalak untuk beli. terutamanya student. 
kalau-kalau exam week, NESCAFE 3 in 1 memang tak boleh dilepaskan. 
pagi petang siang malam. tak lekang dari gelas berkerak mereka.

tetapi, 
baru-baru ni, telah digemparkan dengan satu NOTE yang diperoleh daripada FB. 
betul atau tidak dari segi saintifiknya, hanya kajian yang terperinci sahaja mampu menjawabnya.
 tetapi, kawan mat puisi sendiri pernah merasai simptom-simpton yang diberitahu. 
beliau kini cuba mengurangkan pengambilannya. 

SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERKANGKANG

ISU #3 :: PEMBERIAN SALAM 'akum'


FIKIR DAHULU SEBELUM GUNA


kalau mesej, suka menggunakan short form. mudah dan pantas. contoh:

pergi - g
macam mana - cmne
seluar - suar

termasuklah ASSALAMUALAIKUM.. 
kita lebih gemar menggunakan AKUM. benda ni telah lama berlaku. 
dan kita selesa menggunakannya. 

tetapi, 
kita dikejutkan dengan hebahan mengatakan 
penggunaan AKUM tidak elok kerana memberi maksud BINATANG.
betul atau tidak, wallahualam.. 
namun, pembetulan dalam pemberian salam ini harus dilaksanakan. 
 lebih hormat dan sopan andainya ASSALAMUALAIKUM atau paling singkat pun SALAM digunakan.


SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERKANGKANG

ISU #4 :: RADIASI HANDPHONE
FIKIR DAHULU SEBELUM GUNA

pasti dan pasti semua memiliki handphone. 
pelbagai gaya dan fashion terkini terdapat di pasaran. 
talian telekomunikasi pelbagai nama dan ragam. 
gadjet pelbagai cara dan inovasi. senang kata, teknologi kini sudah tidak termampu untuk kita capai ketangkasannya. sepantas kilat..!

tetapi, kita maklum bahawa berkebolehan untuk mengancam kesihatan manusia. 
seperti merujuk BINGKISAN ini mampu memberikan kita fobia jiwa.

tetapi, persoalannya, apa lagi alat perhubungan lain yang lebih efisien untuk kita gunakan selain handphone dan sewaktu dengannya? ha.! inilah gunanya bijak pandai kita.!

SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERKANGKANG

ISU #5 :: FACEBOOK
FIKIR DAHULU SEBELUM GUNA

nah.! tersentap semua kan.. 
pasti semua ada account facebook. 
medium kamunikasi terbaru yang kian mendapat rumors di kalangan masyarakat. tempat inilah yang menjadi pergaulan serantau manusia. 
tanpa ada sekatan. pada mulanya, memang seronok menggunakan facebook kerana dikatakan lebih formal daripada myspace dan friendster.

tetapi, lama kelamaan, facebook umpama perisik masyarakat untuk mencari kesalahan, 
menyebarkan cerita-cerita mungkar, dan pembuktian kebenaran.
 lebih-lebih lagi apabila perbalahan berlaku sesama agama, negara, dan kaum. 
ITU YANG MUNGKIR. 
apa yang nyata, kita masih menggunakkannya. 

gunalah dengan bijak. jangan sampai,

SUDAH TERHANTUK BARU NAK TERKANGKANG

kesimpulan :: 
terlalu banyak kes-kes seperti ini. kita telah lama menggunakannya. 
mungkin bukan silap kita kerana sebagai manusia kita tidak tahu apa yang bakal terjadi. 
namun, apabila kebongkaran telah nyata, maka, terpulang kepada kita untuk memilih. 

kuasa sentiasa di tangan. 
hanya tangan yang tidak mampu berbuat apa-apa seandainya fikiran 
dan minda yang langsung tidak berfikir baik dan buruk. 
terlalu banyak kesilapan memilih yang telah kita lakukan. 
apabila sudah terhantuk dan berdarah, masa itulah, kekesalan mula menginsafkan diri. 

CEPAT BERUBAH..!

~~pesanan untuk mat puisi dan semua. :) ~~
~~peribahasa asal adalah .SUDAH TERHANTUK, BARU NAK TERNGADAH.

* * biasan kaca hati * * (puisi 17) - TIDUR JALAN -


TIDUR
besar jalan itu
cantik lagi teratur
persinggahan terlalu banyak
meredakan lelah
penat
.
menyelusuri kembali apabila lelah kembali gah

TIDUR
selinap keluar jalannya
tak besar tak kecil
berduyun roda-roda semak
pitam
.
larilah lari meninggalkan dunia gah

TIDUR
memasuki jalan denai
tiada apa yang baru
nan indah
indah
.
inginku terus untuk tidak bangkit
terus TIDUR di jalan ini
malapkan mimpi ngeri
suluhkan mimpi indah

TIDUR

kenapa macam dah hilang bisa mat puisi berpuisi ni.. adeh.. dah lama tak karang.. kurang sikit iramanya.. huk3..

JARI KIAN RANCAK KEMBALI..!

SALAM..
Setelah EMPAT BULAN mat puisi tak langsung meninggalakan apa-apa kesan dalam blog ini, KINI jari bam-bam mat puisi sudah berupaya untuk mencarut, mencurut, mencuri, dan mencurah segala IDEA sederap bergelar manusia di dunia ni..

wah.! meletops..! hehehe

jangan ditanya kenapa mat puisi tinggalkan dunia blog ni untuk seketika. banyak sangat kekangannya.. :)

ok.. untuk mengubat rindu, mat puisi akan tampil dengan satu puisi yang telah terperap lama dalam kedangkalan idea mat puisi mencari ruangan cinta DUNIA ini.

salam irama balada.. salam cinta melanda untuk anda..! :)