Pages

baru dapat jumpa darkbatman tulis entry untuk mat puisi..!

Selama peninggalan mat puisi meminggirkan blog ini buat sekian lama akibat terlalu sibuk merencana aktiviti, rupa-rupanya mat puisi telah mendapat galakan dan semangat oleh encik darkbatman yang popular lagi ensem tu setelah sekian lama.

mat puisi tak tahu langsung yang beliau telah buat satu entry khas untuk mat puisi atas entry penghargaan yang telah mat puisi buat awal-awal perkenalan kami.ini entry nya. teeet..! (wah..! gedik..! hahaha)

mat puisi dapat tahu pun  sebab tgk2 semula mesej-mesej di shoutmix. dah lama dah. beliau menyuruh mat puisi cek blog dia. apabila mat puisi tengok, tiada pun. disebabkan masa tu sangat sibuk, jadi mat puisi tak geledah pun blog beliau. 

apabila ada masa ni, baru berpeluang nak pergi cek. tu pun dah lama. akhirnya, dapat juga jumpa. ;)

godeh punya godeh blog beliau. jadi stalker..! huhuhu.. penat gila nak cari entry yang beliau buat khas untuk mat puisi. boleh lihat tarikh yang nya ya. 

pada 12 Jun 2010. tak ke lama tu?.. 


mat puisi amat-amat terharu dan sangat-sangat berterima kasih kepada darkbatman atas sokongan, semangat, dan penghargaan yang diberi. amat-amat terharu.

terima kasih.

p/s::tak lama pun edit gambar ni. 10 minit je.. huhuhuhu.. and i'm so sorry bro for being late in reply your entry back and thank you for that. ;)
~    ~    ~    ~    ~

terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang turut meletakkan nama mat puisi di link sidebar anda. ramai juga rasanya. yang mat puisi perasan la. eddy, kak fera (my senior um), ana (my x-kmkn n course member), bro loq itam (my xkmkn n um member), jawe (my xmrsmbpj), dan banyak lagi. 

terima kasih ye. ;) sayang kalian. ;)

so sweet jasper whitlock..!

salam..

tadi tengok cerita twilight saga- eclipse... 

pertama kali tgk cerita ni. prekuel sebelum ni, tak tonton pun. sebab ingat kalau tak baca novelnya, maka tak faham.

tapi, atas desakan kawan mat puisi, 

mat puisi pergi juga tonton.

ceritanya best. sweet. tapi mat puisi tak tertarik pun dengan bella dan edward. sebab percintaan mereka terlalu biasa.

yang membuat mat puisi tertarik adalah JASPER WHITLOCK lakonan Jackson Rathbone.

sangat kagum dengan bakat yang beliau ada. lagi-lagi melihat cerita percintaan jasper dengan maria masa zaman dulu-dulu..

pengorbanan jasper sangat-sangat mengagumkan. kadang-kadang bodoh tuli pun ada. 

hahhaha,.

lepas ni, mat puisi bakal meminati Jackson Rathbone. mana-mana filem beliau, akan mat puisi ikuti..!

;)


* * biasan kaca hati * * (puisi 16) - irama gemersik -

* * biasan kaca hati * *
Salam.. terlalu lama mat puisi tinggalkan blog ini. berusang sarang labah-labah dah. minta maaf ye. terlalu sibuk dengan rencana aktiviti. utnutk meleraikan kerinduan ini, mat puisi persembahkan satu puisi untuk kalian. ;)

terkenang..
syahdunya irama membelai manja
meronakan setiap rindu yang mencamar
roma-roma sang pencinta

leka dia mengenang..
gemersik lantunannya
melayang samudera nan jauh
terbanglah sang pencinta

duhai gemersik suara
curahilah irama nan indah untuknya
ronakanlah cinta buat sang pencinta
kuntumi bunga-bunga irama
yang gemersik merisik ruang noda
untuk bercinta semula..