Pages

naik kereta atau naik daun?

Macam malas nak berpuisi walaupun sudah siapkan satu puisi hari ni. huhuhuhu.. mat puisi nak bercerita kepada kalian mengenai satu kenderaan baru yang mungkin tidak terlintas dalam pemikiran biasa kita.


pernah terbayang daun-daun hijau di rumah kalian boleh dinaiki?..

maka dengan itu, teknologi sekarang memungkinkannya.. tiada apa yang pelik di zaman ledakan pemikiran hebat manusia ini. seperti yang kita tahu, daun (tumbuhan) mengoksidakan dunia dengan mengeluarkan oksigen dan menghirup segala bau kentut kita. hahaha...

kini, andakah kalian tahu bahawa kereta juga mampu menyebarkan oksigen?. mat puisi tahu. :D


kenderaan ini diberi nama YeZ, dalam mandarin ((yea-zi) bermaksud ''daun''. ha..! sebab tu lah reka bentuk YeZ juga berupa daun kan. cantik..!

YeZ ini akan menggunakan sinaran matahari untuk memecahkan molekul air kepada oksigen dan hidrogen. hidrogen yang dihasilkan akan digunakan untuk menggerakkan YeZ. manakala, penghasilan oksigen ini akan dihebahkan ke udara untuk dihirup masyarakat. 

science mudah bukan??.. :)

untuk penerangan lanjut, tonton la video yang diterangkan oleh pak cik mat puisi, Daniel Nocera. hahaha..

 

faham?.. untuk keterangan lanjut, tanyalah mak cik mat puisi, Anne Trafton  

dan kalau nak lihat nenek mana yang bagi tahu, tanyalah emak angkat mat puisi, Alyssa Danigelis

nanti emak mat puisi nak beli YeZ ni. sebagai hadiah hari lahir yang dah lepas. huhuhu..

seronoknya,.. hmmm.. :)




4 comments:

Nazra~ said...

naik kaki agak best..terutama ketika di tepi pantai..paling tak best ketika berjalan di tengahari yg panas..sekian..

- zuriey - said...

kereta takde pintu bahaya nya..takut terpelanting kuar nanti

Amri Bahruji matPuisi said...

ade kene mengene ke?.. mcm x eklas je komen.. hmm...

Amri Bahruji matPuisi said...

zuriey::> hahaha... ala.. x bahaye la.. buat jalan2 kat taman je.. ;)