Pages

KAU MEMANG BINATANG !


Dalam hati seekor binatang, tiada manusia tetapi dalam hati
seorang manusia, ada binatang

Dalam mata hitam sepet ini sedang enak menonton siaran langsung Berita 1.30 di TV3, terpampang jelas akan madah hikmat di atas. Iklan selama satu minit itu memberi kesan mendalam terus ke sukma mat puisi.
Iklan ini berkenaan puluhan si malang yang terlahir tanpa ikatan sah ibu dan bapa mereka. Disebabkan tiada ikatan sah itu beserta nafsu kebinatangan tanpa kematangan berfikiran dan tindakan terburu-buru si keji membuatkan si malang ini terdampar kasihan di situ.
Longkang, tong sampah, halaman surau,  tandas, hutan
Itulah tempat si keji melampias amanah yang diberi. Mungkin amanah terpaksa atas kebodohan mereka.
Tambah memburukkan, si malang ini diTANAM oleh si keji untuk menutup belang yang sudah tembelang. Lantas, tangkapan yang dibuat terhadap si keji dan hukuman telah pun dilaksanakan.
Namun, keinsafan dan kesedaran masih lagi tidak waras dalam diri mereka. Si malang tetap juga ada. Si keji masih berleluasa. Mungkin isu ini sudah basi dan lali kerana dek kebosanan masyarakat yang bosan akan si keji dan kasihan dengan si malang.
Namun, isu i8ni perlu dibangkitkan selagi ada si malang yang terus didera tanpa jiwa.

Justeru, tindakan telah diambil. Keprihatinan sudah dijuruskan. Bantuan terus dihulurkan.
Apa yang tinggal untuk dilaksanakan adalah masa depan anak generasi perlu sedar bahawa cinta itu tidak akan suci andai ikatan abadi tidak dirai dengan akad yang direstui. 

8 comments:

Amir Izzat said...

wah! cantik bro....dalam kalangan manusia..mmg banyak binatang...hanya mengikut hawa nafsu kerna gelora cinta..aduhai

Illyani Ismail said...

arghhh manusia itu tidak gunakan akal sebaik yang mungkin....

sedangkan binatang pun sayang anak2 mereka.......

cik kina ツ said...

manusia sekarang sangat teruk. tak menggunakan akal fikiran dan hanya menggunakan hawa nafsu. ish3.

Farahin azirah said...

orang yang buat camtu lebih hine berbanding binatang,babi dan setan...

CERITAKU... said...

aku sedih bile bace pasal buang anak semua ni...semua mereka seagama dengan aku..jahil sangat ke diorang...

Miss Izah Mohamed said...

masyaAllah.. takde hati perut betul lah!

Miro Armyrule said...

binatang pun syg anak...camna tuh..huhuhuhu

Amri Bahruji matPuisi said...

kalian::> sama2 la kite berdoa agar kite x menjadi seperti mereka y membuang bayi itu.. insyaAllah.. ;)