Pages

dah agak..! memang mengecewakan.

Hari ini mat puisi sangat-sangat sedih sebab result exam yang dapat amat-amat mengecewakan. masih berada di takuk yang lama. mungkin suatu masa nanti perlu lupakan segala aktiviti yang mat puisi sertai semasa tahun pertama dan jadi budak skema pada tahun seterusnya.

lepas ni nak selesaikan masalah macam mana nak bagi tahu keluarga. mesti mereka sangat-sangat kecewa.

then, nak pergi faculty. takut akan dikenakan apa-apa tindakan. takut juga. harap-harap tidaklah.

lepas itu, nak telefon jpa. takut juga kalau pihak jpa tarik balik jpa tu.

adei....

macam-macam masalah. 

ini semua disebabkan kelekaan mat puisi sendiri...!

7 comments:

uJ said...

lorr nape lak jadi camni...? hmmm ni belajar ke tk ni? hmmm lagi satu .. dah agak dah tuh....mengecewakan... dr awal dah leh agak... ishhh... len kali jangan wat lagi wooo... tak besh r uncle dengar... hehehe nyebok lak... uJ dulu tak penah tak best result...mesti best je... pas tu mesti ada je membe akan ckp... ye la ko tu degree sastera.... hmmm nak wat cmner kan....

Amri Bahruji matPuisi said...

uj::> thanks atas nasihat itu.. mmg mengecewakan.. tpi redha je sbb mmg salah mat puisi pn.. :)

ana nur said...

manusia tidak terlepas dr melakukan kesilapan..yg penting,bagaimana cara kita tangani kesilapan yg telah kta lakukan..belajar dari kesilapan~
jgn biarkan kesilapan yg sama berlaku di masa hadapan..chaiyok2!!! =)))

Amri Bahruji matPuisi said...

thanks atirah...

ana nur said...

uitt2...ana nur laa..hakhak..newey,no hal laa..that's what fren for..hee~ =)))

Ahmad Bashier said...

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah pada ko sebab blog ko ni sangat cantik:-)

Lagi cantik daripada blog aku:-)

Berkaitan dengan result tu, usah ditangisi yang dah lepas. Pandang ke hadapan. Ko punya situasi sama je macam aku. Cuma mungkin aku bernasib baik ckit, result aku sederhana je and lepas syarat JPA.

Aku ada cadangan tok ko. :
a) Pertama: Jangan aktif sangat di kolej kediaman dan mana-mana program sehingga tertinggal kelas.
Pilih program yang betul-betul ko rasa minat.:-)

b) Kedua: Kena Buat Ulang Kaji Setiap Hari. Bila dah wat ulangkaji, so benda tu senang lah. Fokus fokus fokus.

c) Ketiga: Jangan addicted sangat to facebook dengan blog. Berpada-pada bro. Aku pun minat dua benda ni, tapi jangan nak dkat exam pun kita still berblogging dan berfacebooking.

Kesimpulannya, terpulang lah pada ko nak dengar ke tak. Hoho:-)
Tapi aku percaya yang ko pun boleh bangkit. Ingat balik tyme ko kat mrsm dengan kmkn, ko punya pengakhiran sangat cemerlang. Kat MRSM ko dapat SPM gempak. Kat KMKN ko dapat pointer 4.00 last sem. So, ko dah dapat masuk UM dan JPA.

Jadi, ko memang dah banyak kejayaan yang diciptakan. Sekarang ko perlu kekalkan kejayaan dan rekod-rekod tu semua:-)

Pas ni, jom kita naik pentas sama-sama dapatkan anugerah dekan:-)
kita perlu ingat, dak laki KMKN ada 2 orang je yang amek akaun kat UM. Ko dengan aku. So, jom harumkan nama KMKN, nama famili ko dan nama ko sekali.

Kegagalan di sem satu haruslah menjadi pemangkin untuk ko bangkit mencipta kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang!!!! Ingat pesanan ku ni sampai mati (ha nak nanges lah tu)

K dah penat dah nak tido lak sat g. Klu ko down, aku nasihatkan ko. T bile aku down, ko lak nasihatkan aku k:-)

Sekian,
Ahmad Bashier
Infopreneur:-)
www.facebook.com/ahmadbashier
0135902236

khalidahmacambaguss~O_o said...

siap bagi no phone...x tahan...ahmad bashier, i nak ngorat u leh?? hehehehe