Pages

* * biasan kaca hati * * (puisi 11) -tangisan hati anak palestin-


* * dedikasi khas untuk anak-anak palestin. takbir..! * *

Salam. hari ini mat puisi nak kongsikan kepada kalian mengenai satu puisi yang mat puisi karang dan deklamasikan sendiri untuk satu pertandingan semasa belajar di Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN) dulu. pertandingan tersebut diberi nama Minggu Kreativiti dan Inovasi Matrikulasi (MIKIM) seluruh Malaysia.

mat puisi tidak menduduki mana-mana tangga carta kemenangan tetapi persembahan mat puisi adalah persembahan yang masih diingati oleh sahabat-sahabat mat puisi. matrik lain yang mat puisi jumpa di UM pun turut mengenali mat puisi kerana persembahan ini. ;)

tak hebat mana pun. masa tu, sangat kebudak-budakkan. sedang bertatih. dan sekarang juga masih baru nak merangkak. 

selamat menonton dan menghayati..!


namaku Aman
kelahiran disambut kedaifan
kelahiran tanpa kegembiraan
namun
tidak terungkai penyesalan
anugerah Allah, anugerah kesempurnaan

namaku Aman
tangisan pertamaku 
berterusan tanpa henti
walau tersentak seketika
melihat ibu yang ku sayangi
terlonglai diri rebah ke bumi
tiada nadi, tidak bernyawa lagi

ayah,
langsung tidak ku lihat wajahnya
apatah merasa kasih belaiannya

abang
dibedil dentuman peluru
luluh hancur cebisan berterabur

kakak
berjuang untuk sebutir makanan
maruah menjadi gadaian
hamba abdi buasan syaitan

namaku Aman
hidup tanpa butiran senyuman
ratapi hidup mata tangisan
igauan dalam kehidupan

dan kau zionis bangsat
apa kau mahu dariku
apa kau mahu dari palestinku
apakah kau mengerti
aku kini menyendiri

kau bunuh ibuku
tanpa kau mengerti jerih penderitaan
kau rampas ayahku
menjadi korban rakusan ketenteraan
kau ragut abang kakakku
tanpa kau fahami kukuhnya ikatan
kau binatangkan kami
menjadi bangkai tanpa bersemadi

namaku Aman
aku bangkit untuk satu tujuan
entah bila akan berkesudahan
aku 
perlukan keamanan
aku
perlukan kedamaian
aku
perlukan keharmonian
berikanlah aku walau selelap kelipan mata
walau sesaat cuma

kalau tak dapat nak tengok video tersebut, add la FB mat puisi ye.. ;)