Pages

Adibah Noor ''Sejujur Hatimu''. adakah pentas AJL25 bakal ditujah lagi?..

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Masih terngiang pekikan gemuruh Anugerah Juara Lagu 2006 dek dentuman suara memukau beliau. lantas menobatkan beliau sebagai Vokal Terbaik, Lagu kategori Balada Terbaik, dan seterusnya menjulang trofi Anugerah Juara Lagu.

itu cerita 4 tahun yang lalu. kini, kerjaya seninya dicatur kembali dengan satu lagu baru yang dikira mampu untuk melakar kejayaan beliau di pentas suara Malaysia. 

sememangnya, mat puisi telah lama kagum dengan beliau. bukan sahaj dalam bidang nyanyian, malah bidang lakonan juga turut melakar namanya tersendiri.

lakonan iklan. siapa tak ingat lakonan beliau dalam iklan ini.


 dan ini


pecah perut bukan?.. ;)

lakonan filem


dan banyak lagi kebolehan beliau yang tiada tolok bandingnya.

berbalik pada lagu baru beliau iaitu SEUJURCINTAMU hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik dikarang oleh Adibah Noor.

hasil curahan idea beliau sendiri?.. wow.. kagum.!

hayatilah lagu beliau ini. dan mat puisi harap lagu ini mampu untuk menggegarkan pentas AL 25 nanti. 



lirik lagu Adibah Noor - Sejujur Hatimu

kau
ucapkan kata-kata yang  tak ku duga
bersungguh dirimu melamar hatiku
baru semalam
kau nyatakan sangsimu
tiada pengganti dirinya buatku

siapakah diriku
yang benar buatmu
seikhlas hatimu
apa kau rasakan
di wajah curiga
berbicara
hatiku bukan mainanmu
ucaplah sejujur hatimu

ku
cukup beranikah ku nyatakan cinta
apakah benar aku yang kau inginkan
kau bagaikan sinar
sememangnya ku gusar
bimbang cahaya kasih jadi kehangatan

siapakah diriku
yang benar buatmu
seikhlas hatimu
apa kau rasakan
di wajah curiga
berbicara
hatiku bukan mainanmu
ucaplah sejujur hatimu

siapakah diriku
yang benar buatmu
seikhlas hatimu
apa kau rasakan
di wajah curiga
berbicara
hatiku bukan mainanmu
ucaplah sejujur hatimu


dah dengar?.. sedap bukan?.. liriknya pun penuh dengan cinta dan air mata. ;)

kepada kak dibah, * * kalaulah akak baca tulisan saya ni, lirik itu saya buat sendiri. tidak copy mana-mana pun. kalau ada salah, tolong betulkan. saya minta maaf.. ;) cuma saya ada rujuk di salah satu laman web untuk kepastian. hehehe* *

kalian. mat puisi bukan nak memuji terlebih-lebih adibah noor ok. dah memang beliau hebat. takkanlah nak cakap beliau ni hancur pula. beliau hebat ok..! :)

saya sayang kak adibah noor...!


jangan tak tahu, mat puisi pernah bergambar dengan adibah noor ok.. walaupun nampak desperado sebab berebut dengan yang lain, yang penting, mat puisi puas. dapat berjumpa dengan beliau dengan jarak paling dekat.  

satu mimpi yang tidak mungkin lagi menjadi nightmare dalam hidup mat puisi.

* * kak dibah, kalau nak tau, sayalah yang jerit ''i love u'' daripada jauh masa kak dibah buat persembahan semasa Malam Perdana Sembilan, Kolej Kediaman Kesembilan, Universiti Malaya yang bertempat di One World Hotel. * *

mat puisi sayang adibah noor...! huhuhu

6 comments:

Nuraina Nabilah said...

fuyoo !! HAHA
bangge aa dpt tngkap gmbo ngn die ^^

Amri Bahruji matPuisi said...

mesti la bangge.. wlaupun terselit.. hahaha

EDDY DY said...

terselit atau menyelitkan diri? hihihihihi...aku tabik dia ni sbb bahasa Inggeris dia ada class...

Amri Bahruji matPuisi said...

hahaha.,, menggedikkan diri je.. :D

memang english die bagus giler... mcm air je die cakap.. hebat..!.;)

hafizanmohd said...

good writing :)

Amri Bahruji matPuisi said...

hafizanmohd::> thanks.. ;)