Pages

untitled. not for any blogger. sorry.

salam. entry ni dibuat bukan untuk tatapan blogger-blogger ye sebab tiada yang berinformasi pun disini. terima kasih.

entry ini hanyalah bersifat kepentingan pertubuhan yang mat puisi sertai.

kalau nak tengok tu, silakan la ye. ;)
poster 1

poster 2

dah tahu kenapa pelajar JPA di UM sentiasa MISKIN?..

sebelum pergi ke kem FELDA nanti, mat puisi nak tunjukkan sesuatu.

Ramai yang cakap, kenapa pelajar JPA selalu habis duit sedangkan dapat RM5k setiap sem. walhal pelajar PTPTN dapat sikit gila. mat puisi tak nak masuk hal mengenai pelajar yang dapat ptptn tu. memang kasihan..

tapi, mat puisi nak terangkan di sini bahawa ramai rakan-rakan yang asyik membebel kenapa pelajar JPA di UM selalu habis duit sedangkan dapat duit banyak. ha..! nak tahu kenapa?..

tengok ni..!



tengok betul-betul ye..!

mat puisi sedang belajar di UM. UM terletak hampir-hampir di tengah KL bersempadan PJ. 

jadi, semua pelajar IPTA kenalah faham kenapa yurannya begitu tinggi dan kenapa wang kami sentiasa habis cepat. 

KOS HIDUP TINGGI.

mat puisi tak nak ambil tahu kenapa pelajar-pelajar JPA di IPTA lain selalu kehabisan duit. contoh macam UITM. menurut kajian mat puisi, yuran mereka tak sampai RM1k pun. ada tu, bawah RM800. tapi dengan duit >RM4500 tu, macam mana boleh habis cepat?.. 

terutamanya UITM yang tidak terletak di tengah-tengah bandar. entah la ye.. hmm.... 

bukan nak cari kesalahan atau kemudaratan, tapi mat puisi nak terangkan di sini bahawa kepada penerima PTPTN atau bantuan kewangan yang lain, kenalah faham bahawa pelajar JPA di UM hidupnya tidaklah semewah yang disangka. janganlah nak pandang buruk terhadap kami sahaja ya.! haraf maklum.

*mat puisi juga seorang yang boros. ini memang salah mat puisi. bukan sebab duit JPA sedikit. sebab sikap diri sendiri. tapi, itu bukan persoalannya.*

*apa yang penting, mat puisi mewakili kawan-kawan lain yang tertekan dengan perangai pelajar bukan penerima JPA di IPTA lain yang sibuk kutuk-kutuk kami ingin memberitahu kaji dahulu sebelum berbicara*

~~sekian~~

p/s :: bukan nak salahkan UM kerana mengenakan yuran yang tinggi. kami sebagai mahasiswa UM faham sefaham-fahamnya masalah yang dihadapi. 

* * biasan kaca hati * * (puisi 15) - merawat rawan -

* * biasan kaca hati * *

Salam. hari ini dan untuk lima hari akan datang mat puisi seperti biasa akan menyertai kursus motivasi dan jadi fasilitator seperti hari-hari sudah. jadi, blog kesayangan ini berusanglah sekejap. minta maaf ya sebab dah jarang update. hari-hari lain pun tak dapat nak update sebab di kampung tiada wifi free. huhuhu..

lagi pula, mat puisi dah balas kunjungan kawan-kawan yang melawat blog mat puisi ni. seperti yang mat puisi janjikan. ;)

untuk mengubat rindu kalian yang menunggu puisi terbaru mat puisi, (rindu ke?.. menunggu ke?.. hahaha), mat puisi ada siapkan satu puisi untuk kalian.


rimas menanti kunjungan
kepingan hati
yang entah bila rindu ini
sering meronta
menanti lagi dan terus menangisi

ruang hati
hatimu
sentiasa merawani
remang jiwa dalamku
bila lagi aku menunggu
aku tahu rawan ini
tak kau perlu

ruamkan hati terikmu
terima rawan aku
sebelum aku berlari
merawat
ruang hati yang tidak dibalasi

* puisi ni macam kurang sikit la sebab pening-pening lalat sekarang ni.  ;) *



entry pendek. * * memohon maaf * *

SALAM..

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT BLOG MAT PUISI. KEPADA YANG MEMBERIKAN KOMEN, MENJADI FOLLOWER , DAN JUGA YANG MELAWAT BLOG, MAT PUISI MINTA MAAF KERANA TAK DAPAT NAK BUAT KUNJUNG BALAS SEBAB LINE KAT CC AMAT TERUK DAN SEKARANG TENGAH BERCUTI KAT KAMPUNG., TIADA WIFI FREE.. huhuhu..

JANJI AKAN BUAT KUNJUNG BALAS APABILA ADA KESEMPATAN DAN WIFI YANG CUKUP LAJU YA.. THANKS AND SORRY..

nak post entry ni dan ni pun nak kene tunggu lama baru boleh.. adei..

lagi pula, MASA TIDAK MENGIZINKAN UNTUK SENTIASA ONLINE SEBAB SEKARANG SEDANG SIBUK BUAT KERJA DI KAMPUNG.

MINTA MAAF YA. 

KAU MEMANG BINATANG !


Dalam hati seekor binatang, tiada manusia tetapi dalam hati
seorang manusia, ada binatang

Dalam mata hitam sepet ini sedang enak menonton siaran langsung Berita 1.30 di TV3, terpampang jelas akan madah hikmat di atas. Iklan selama satu minit itu memberi kesan mendalam terus ke sukma mat puisi.
Iklan ini berkenaan puluhan si malang yang terlahir tanpa ikatan sah ibu dan bapa mereka. Disebabkan tiada ikatan sah itu beserta nafsu kebinatangan tanpa kematangan berfikiran dan tindakan terburu-buru si keji membuatkan si malang ini terdampar kasihan di situ.
Longkang, tong sampah, halaman surau,  tandas, hutan
Itulah tempat si keji melampias amanah yang diberi. Mungkin amanah terpaksa atas kebodohan mereka.
Tambah memburukkan, si malang ini diTANAM oleh si keji untuk menutup belang yang sudah tembelang. Lantas, tangkapan yang dibuat terhadap si keji dan hukuman telah pun dilaksanakan.
Namun, keinsafan dan kesedaran masih lagi tidak waras dalam diri mereka. Si malang tetap juga ada. Si keji masih berleluasa. Mungkin isu ini sudah basi dan lali kerana dek kebosanan masyarakat yang bosan akan si keji dan kasihan dengan si malang.
Namun, isu i8ni perlu dibangkitkan selagi ada si malang yang terus didera tanpa jiwa.

Justeru, tindakan telah diambil. Keprihatinan sudah dijuruskan. Bantuan terus dihulurkan.
Apa yang tinggal untuk dilaksanakan adalah masa depan anak generasi perlu sedar bahawa cinta itu tidak akan suci andai ikatan abadi tidak dirai dengan akad yang direstui. 

special tribute to them. THANK YOU my dearest bloggers..! :)

ini hadiah utk kalian yang melawat, follow, dan menjadi kawan di blog mat puisi. terima kasih. ;)


mat puisi bukan kaki pengampu.

mat puisi tak kisah kalian yang hati cacing nak cakap apa kat mat puisi. nak cakap mat puisi over ke, tak tahu malu ke, berangan ke, apa ke, yang penting mat puisi puas. yang tak kesah tu, mat puisi sayang kalian. ;)

bog mat puisi adalah blog kepuasan. segala nota fikiran mat puisi catat dalam blog ini.

BERBICARALAH MINDA, BERPUISILAH HATI

:)

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

semalam mat puisi dapat ramai kawan-kawan blogger. ternyata ada antara mereka yang sombong tetapi ramai yang sangat-sangat baik. contohnya mcm otromen dan khalidah yang sudi membantu mat puisi mcm mana nak letak iklan nuffnang tu. selama ni, memang dah ada letak nuffnang tu di blog mat puisi, tapi dah sebulan lebih, earning tak tambah langsung. then, tanya mereka ni. mereka tolong ajarkan.

terima kasih.

walaupun sampai sekarang mat puisi tak nampak langsung earning kat nuffnang tu bertambah. sama sahaja. tetap RM0.00. tak apalah.mungkin perlu bersabar. lagi pun, buat blog ni bukan untuk duit. untuk kepuasan. tetapi kalau ada income tambahan, seronok juga. ;)

ini bukti kesanggupan mereka tolong mat puisi. terima kasih kalian. ;)

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

bukan mereka sahaja, mat puisi juga turut berterima kasih kepada abg feroz yang sudi membantu mat puisi mencantikkan lagi blog ini. walaupun tak adalah cantik mana pun. 

terima kasih batang keladi. ;)


~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

bukan itu sahaja, mat puisi juga telah diterjah oleh saudara darkbatman. memang pasti kalian sudah kenal kan.  terima kasih darkbatman kerana sudi datang ke blog mat puisi. ;)



 yang ni macam desperate sedikit. hahaha.. W.E.! ;p

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

mat puisi ada post entry sedih semalam.

ramai juga yang memberikan kekuatan dan nasihat kepada mat puisi, atas sebab kalianlah, mat puisi kembali bersemangat. sayang kalian. ;) terima kasih.




 kepada kawan-kawan chatter di GENG BLOGGER yang turut beri sokongan dan nasihat, terima kasih ye. ;)

TERIMA KASIH KALIAN. MAT PUISI MEMANG SANGAT-SANGAT SAYANG KALIAN.

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

ada lagi. mat puisi juga dapat tag daripada seorang kawan yang kaki menembak ja. habis mat puisi pun dia nak tembak. hahaha. orang yang dimaksudkan adalah mr silenceshooter. dia suruh mat puisi jawab benda2 ni.adei.. malas la wei. tapi dia cakap wajib jawab. jadi, jawab je la. ok tak bro?.. haahaha...

1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang?

nak kasi penampar atau pelukan kat si silenceshooter tu?.. ha.. itu yang mat puisi fikirkan. wakakaka...

2) apakah nama samaran you all?

mesti kalian dah tahu kan.. MAT PUISI

3) berikan 3 orang you all syg:

keluarga, sayangku dan sahabat mat puisi

4) panggilan untuk si dia:

dekat sape ni?.. hmm.. sorry. tak ada awek. haahaha.. hmm.. ''comel'' hahaha ;P

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa:

dia call setiap hari tanpa dipaksa

6) blog mana yang you all suka visit:

semua blog yang tak merepek dan tak tulis bende2 yang macam hareemm....!

7) tag kan kepada 5org blogger yang you all rasa menarik:





mat puisi rasa kalian tahu kenapa mat puisi memilih kalian kan?.. ;)

kalian yang terpilih ni, mat puisi harap kita dapat lebih mengenali dengan lebih rapat dan berharap dapat kita saling bantu membantu ya. ;) tak nak balas tag ni pun tak apa. mat puisi tak kisah.yang penting kita dapat berkawan kan..  ;)

terima kasih kerana sudi menjadi kawan mat puisi dan sudi menjenguk blog mat puisi ni. ;)

~~woot--woot... special thanks to amir izzat sbb dia dah merajuk tadi. hahaha. amir, aku anggap kau sbg adik aku tau, ;)

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

ok. sampai di situ sahaja entry special tribute mat puisi ni. lepas ni malas la nak balas tag. hahaa.. gurau~~ kalau ada lagi tag yang dapat atau kalau nak tribute0tribute ni, mat puisi buat sekali gus ja.

 senang.! hahaha



kepada yang tak tersenarai tu, minta maaf. mungkin terlepas pandang.


tata. salam. ;)

* * biasan kaca hati * * (puisi 14) -HATI dan JIWA-

* * biasan kaca hati * *

* * biasan kaca hati * * kali ini ditujukan khas untuk fadilah, kawan mat puisi di UKM atas pemberian puisinya yang tidak seberapa itu. hahahaha.. ~~gurau~~ ;p


hati.
rindukan aku andai sayembara hidup
beritma kencang
bergegas tanpa batas
berlari tanpa peduli
ritma-ritma ini
sedang menolak
lantas
sedarkan. dakapkan
aku

jiwa
jangan dikejar
untuk apa dan tiada guna
ritma 
tidak kenal siapa yang melagukan
syahdunya ritma 
mampu
merentasi jerat sayembara 

.kau tidak mampu.

jiwa
kembalilah
aku adalah kamu
hatiku adalah jiwamu
kekal selamanya
jangan dicari batin yang dirobek
jangan terlalai pada leka sayembara

berekalah

hati dan jiwa bersama
ritma nan indah tercipta
membidas sayembara meredah sekalian ritma
agar lagu kita
HATI dan JIWA
terkisah selamanya


p/s :: fadilah, amik ko. ternganga tak?.. hahahaha

ribuan bintang bersinar KINI MALAP maafkan aku emak dan abah

dalam perjalanan aku menuju kelam tanpa sebarang rupa. teraba-raba mencari ruang untuk bernafas dan terasa-rasa apa yang diraba-raba.

catatan terhenti

Tiba-tiba petang tadi dah tak larat jari-jemari gemuk ni nak taip entry baru. harap-harap malam-malam sedikit adalah semangat baru untuk buat entry. idea ni ada ja nak taip. membuak-buak. tapi rasa longlai jiwa ni.

sebabnya, result mat puisi  yang teruk tu sudah sampai ke tangan emak dan abah mat puisi. takut nak bagi tahu. tiba-tiba pihak universiti terus hantar ke rumah. cepat betul. adeii.. baru nak lengahkan masa untuk beritahu emak, abah, dan keluarga, tetapi kenyataan itu telah pun terbongkar. 


redha.

jadi, PETANG TADI EMAK TELEFON, :( dengan nada yang kecewa dan putus harapan. tak menangis. tetapi, KECEWA. harapan yang emak selalu titipkan dalam telinga dan jiwa mat puisi ini telah dileburkan oleh mat puisi. tahun pertama sebagai mahasiswa di Universiti Malaya dibuang begitu sahaja.

kalian doakanlah mat puisi agar diberikan kekuatan untuk terus berkarya di sini ye. dan kuatkanlah jiwa dan mental mat puisi ni untuk terus kuat bergelar mahasiswa di universiti ya.

terima kasih. 


RMK10 - Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial

Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial 
- teraju utama menggapai Wawasan 2020 -

sedetak kita melangkah, lagi 10 tahun Waasan 2020 bakal ditempa.
 adakah 9 Cabaran itu akan dilaksanakan dalam RMK10.?.
bersama-sama kita nilai. ;)

RM230b diperuntukkan untuk RMK10. sama seperti RMK9. Cume pembahagian yang berbeza.


Berdasarkan lintas langsung ketika RMK10 sedang dipaparkan dan juga rumusan yang dibuat oleh Buletin TV3, dapatlah mat puisi catit dalam bentuk poin di sini. ^^ agak bercelaru.^^ ;) 


1. Peratusan KDNK bakal diunjur ke 6% setahun


2. Hakmilik tanah org asli dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dipertahankan


3. 30% pembangunan kualiti perkhindmatan awam akan tingkatkan


4. Untuk menghapuskan stigma para usahawan bahawa jika gagal terus gagal. Dana perkembangan perniagaan 150 juta ringgit dikeluarkan dengan harapan mereka kembali menceburi bidang keusahawanan.


5. RM20b dilaburkan kepada sektor swasta dengan  cara utk bantu rapatkan jurang pelaburan swasta agarkan dapat melaksanakan projek bernilai tinggi dan limpahan keuntungan besar


6. Ekonomi Kecil dan Sederhana (EKS) bakal diunjurkan pelaburan dengan tambahan RM3b. kini nilainya mencecah RM10b 


7. Cara untuk meningkatkan Ekuiti bumiputera melalui penginstitusian, pemilikan hartanah bumi, guna tenaga profesional dengan lebih tuntas, dan menggalakkan penyimpanan pelaburan di Bank Simpanan Nasional 


8. 12 bidang ekonomi utama negara  akan mendapat pengkhususan untuk penjanaan pendapatan KDNK negara


9. Jadikan Kuala Lumpur sebagai  bandar bertaraf dunia - wujudkan bandar satelit di sekitarnya


10. Program kelangsungan dari pra sekola sehingga ke universiti - akan memuwujudkan trust school. sekolah terpilih akan diberi kuasa untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan cara mengubah suai ko-kurikulum pelajaran, menggunakan peruntukan mengikut keperluan,  dan para guru mendapat insentif supaya dapat meningkatkan kualiti


Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akhiri dengan ucapan beliau ::>


'Bersamalah kita mengorak perjalanan. Perjalanan ini tidak mengambil masa seminggu, sebulan, tetapi perjalanan yang disambung dari generasi ke satu generasi yang seterusnya. InsyaAllah'


sekian sahaja rumusan yang dapat mat puisi buat. akan update mengenai RMK10 lagi pada enrty yang akan datang. 


* * mungkin penyataan atau fakta ini kurang tepat. minta maaf. kita tunggu akhbar esok ye. ;) * *



bakal pemimpin seterusnya. hahaha.. :)

lintas langsung dari Dewan Parlimen ucaptama Perdana Menteri Malaysia

Sekarang ini mat puisi sedang menonton di TV1. sedang berlangsungnya kini adalah ucaptama Perdana Menteri kita iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

beliau sedang menyampaikan hasrat dan buah pemikiran dalam merencana agenda Malaysia pada masa hadapan. setakat ini, apa yang mat puisi sempat dengar dan tangkap adalah..

1. mengenai menaik taraf Kambung Baru di Kuala Lumpur.

2. kelangsungan PPSMI. akan dinaiktaraf dan dibaikpulih agar baki tahun yang tinggal ini mampu membuktikan. PPSMI sebenarnya wajar dilaksanakan. (bagi pandangan mat puisi. masih tak puas hati dengan pembasmian PPSMI)

3. memperkasakan program pascasiswazah untuk memastikan guru-guru yang ada berkualiti dan mampu mengajar dengan baik subjek matematik dan sains.

akan diberitahu kelak. tengah khusuk2, anak saudara nak tgk cartoon. geram....! arghh....

Negaraku.. masih ingatkah anda akan lagu ini?..

NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU
RAHMAT BAHGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA 
SELAMAT BERTAKHTA

RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA

masih terngiangkah anda lagi akan lagu yang sentiasa berkumandang di kala jam 12 malam di saluran televisyen TV1?..

atau lagu tersebut hanya menjengah di cuping telingar ketika di bangku sekolah sahaja?..

soalan. jawab.


soalan. jawab lagi.

adakah kalian berhenti, berdiri, dan menyanyi ketika mendengar lagu ini berkumandang?..

* * biasan kaca hati * * (puisi 13) -ringkasan tangisan berlarutan-

* * biasan kaca hati * *

malam ditemani tangis
deras mencurah ke sisi
berombak ribuan jiwa
dilibas gelora kecewa

cuba menahan
keras
tetap gagal..!

* * memang ringkas, anda renungkan * *

saya sayang saya. anda?.. sayang ke? :P

Kenali mat puisi dengan lebih rapat. itu pun jika kalian teruja dengan mat puisi yang tak berapa nak handsome ni. huhuhu

serius mat puisi cakap bahawa diri ini ada pelbagai karakter. 

kadang-kadang mat puisi boleh jadi sangat-sangat skema. sampai mulut tak keluar satu suara pun. kepala tunduk ke lantai. muka suci semacam ja.sampaikan orang ingat yang mat puisi ni anti-sosial. padahal dah terlebih sosial dah..! hahaha


mat puisi pun boleh menjadi sangat-sangat kuat bercakap. ada ja benda yang nak diumpat. mesti ada isu yang nak dicelotehkan. memang tak akan berhenti kalau mood nak bercakap tu datang. habis mak cik bedah yang tengah mengurat atok tempang kat rumah jiran sebelah mat puisi sental. paling tidak pun, pasal budak-budak sekolah lama. mesti nak ungkit semula kisah-kisah romantis-sadis. huahuahua


kalau nak tahu lagi, mat puisi ni boleh jadi sangat-sangat garang. perangai ni mat puisi dapat semasa menjadi lembaga disiplin pelajar @ pengawas di maktab rendah sains mara batu pahat johor. ;). biasalah apabila dah diberi amanah. mesti nak buat 100% hebat kan. oleh sebab nak capai reputasi tinggi sebagai pengawas, habis semua budak kena marah dengan mat puisi. setiap pagi, mat puisi akan kira 1-10 untuk suruh budak-budak turun dari blok dan pergi berbaris di dataran. habis ramai yang lintang pukang sebab lima blok asrama puteri dan putera dengar dentuman suara mat puisi ini. hahaha..


mat puisi juga boleh menjadi.... ha..! ikuti sambungannya yang entah bila akan menjelma.. wakakaaka....

seminggu menghadap laptop. mata still ok..! -merepek time-

memanglah mata still ok. tapi, masalahnya, otak, perut, badan, tulang belakang, dan tengkuk ni dah macam nak tercabut dah. 

Ha..! kalian perlukan ammeltz yoko-yoko sebagai cara untuk melegakan kecabutan kalian itu. hahaha..
btw, nak mat puisi urutkan?.. mat puisi pandai mengurut tau. terapi, kekejangan, dan....... hahaha

entry kali ini agak merepek sedikitlah. nak jadi gila-gila. kan still remaja. so, suka hati den la yo.. huahuahua... punggung ni dah tak terasa dek tangan sebab duduk mencangkung sekarang ni kerana sekarang ni ada orang nak cucuk punggung mat puisi..! hahaha...

anak buah mat puisi lah. nak bermanja-manja. tapi, tak ada tempat lain nak cucuk. tampiaq kang..! hua3..

tadi mat puisi tengok berita di tv3. ada iklan pasal klmu. handsome nyah pelajar-pelajarnya..! tergoda mek. lagi-lagi apabila dia tunjuk seorang chef muda tu. wow..! tergoda. lepas tu, boleh pula dia dibawa pergi gym. awww..! seksi..! huahuahua.. merembes..! :D

kata seorang rakan mat puisi yang terus menelefon mat puisi sebaik sahaja berita mengenai si jejant ituw habis.. hahaha...

yang ni tak handsome..! hahaha


terperanjat??.. wakakakaa..

ha..! sambil-sambil tu rasanya nak buat puisi lawak sedikitlah. 

makan makan.. terlihat aku sedang tidur
bangun bangun.. basah lencun satu badan
tengok-tengok.. alamak. basahnya betul-betul di tengah-tengah..!
perhati-perhati.. adoi..! bukan bau hancing.. tapi..
sedar-sedar.. owh.. baru pepsi cola yang anak buah minum tadi. dia tercurah dekat seluar. 

hahahahaa..

* * suka menjadi gila hari ini.. ;) * *