Pages

Sisi menarik Datuk Rahim Razali

D alam jari hitam ini sibuk menekan butang alat kawalan jauh mencari siaran rancangan Astro yang menarik, tiba-tiba tertekan 801, Astro Arena. Menarik. Siaran baru.

Kaca tv sedang memaparkan siaran langsung pertandingan Piala Thomas, perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan China. Biasanya, mat puisi akan menonton TV1 kerana gemar mendengar celoteh bernas otai pengacara Malaysia, Haji Hasbullah Awang.

Namun, hati mat puisi terpaku apabila tedengar sayup-sayup suara jantan yang biasa mat puisi lihat dalam wayang gambar. Terutamanya, filem Cinta. Telinga ini cuba dipasang dengan betul. Teliti. Cuba memastikan siapa gerangan yang memiliki suara jantan tersebut.

Nah, maka jelaslah tertera nama Datuk Rahim Razali di kaca tv tersebut. beliau sedang mengulas perlawanan yang rancak-tiada-harapan itu. Sudah tahu keptutusannya. Tetapi mata dan telinga tidak berganjak dari kaca tv tersebut. Bukan ingin melihat perlawanan, tetapi ingin mendengar celoteh menarik beliau. Ternyata telinga ini terkesima. Mata kurang terpukau.

Mat puisi betul-betul terkejut apabila pelakon yang paling mat puisi kagumi ini benar-benar sedang mengulas untuk perlawanan tersebut. Keletah beliau mengulas setiap gerak pemain dan geri penyokong amat-amat memukau. Tidak setanding Haji Hasbullah Awang, tetapi butir-butir yang keluar dari mulut beliau amat mempersonakan. Dengan suara jantan dan garau semasa menyaksikan beliau berlakon nyata berjaya mencairkan hati mat puisi.

Mat puisi bukan apa. Beliau merupakan seorang pelakon veteran yang amat mat puisi minati. Masih meniti di minda mat puisi ketika beliau berlakon dalam filem yang pernah memenangi Skrip Terbaik Festival Filem Malaysia yang ke-2 (1981), iaitu filem ABANG. Memegang watak hero dalam filem tersebut, ternyata bakat muda beliau juga telah membawa beliau dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik. lakonan beliau sangat-sangat menyerlah. Kalian patut tonton.! :)

Tentu juga kalian amat mengingati filem Cinta.
‘’cinta itu bukan hak milik. Tetapi, anugerah’’

Penyampaian yang penuh dengan jiwa dan rasa. Menitis air mata ini ketika beliau ucap kata-kata beharga tersebut.

 Berbalik kepada cerita asal.

 Bayangkan, jiwa dan rasa yang beliau lakonkan di layar perak, beliau bawa dalam bidang pengacaraan. Mungkin hanya sebagai juru ulas, tetapi nukilan kata yang dihasilkan mampu menderap jiwa hati mat puisi ketika menyaksikan pertandingan tersebut.

Setiap strok dan service yang dihasilkan oleh pelawan Malaysia mahupun China, beliau ulas dengan cara yang tersendiri.  Menarik. Mungkin kalian patut dengar sendiri jika beliau turut mengulas mana-mana pertandingan yang akan datang di Astro Awani. Kalian juga akan kagum.

Mat puisi lahir selepas beliau menjalani kehidupan dewasanya. Siapa tahu bahawa beliau sebenarnya pernah menjadi juru ulas mahupun dj radio pada masa-masa lampau. Jika ada, mat puisi tidak hairan. Jika tiada, maka benarlah sisi baru yang beliau ceburi ini amat-amat menjadikan mat puisi betul-betul percaya bahawa beliaulah salah seorang ikon yang mat puisi kagumi. Mungkin, paling kagumi.

Kepada Datuk Rahim Razali, mungkin datuk tidak akan membaca kata-kata picisan saya ini, atau juga mungkin datuk tidak akan perasan bahawa entry ini wujud ;). Tetapi, ingin saya nyatakan bahawa datuklah yang benar-benar menjadikan saya untuk terus bermadah dan meluahkan kata-kata azimat dan hemat dalam kolum hidup saya.

Terima kasih datuk.

Syabas diucapkan kepada Astro Awani kerana melantik datuk rahim razali menjadi juru ulas bagi pertandingan piala Thomas yang lepas. Pasti mat puisi akan terus memasang telinga ini untuk mendengar lagi jika-jika ada lagi suara DATUK RAHIM RAZALI.


3 comments:

Aus MeLankoLik said...

aku jeles dgn die , asal belakon je dapat pompuan camtik , hahahak .

Amri Bahruji matPuisi said...

aus::> ko kene sedar diri ar.. die macho.. ko x.. waakakaaa

Anonymous said...

Just want to say what a great blog you got here!
I've been around for quite a lot of time, but finally decided to show my appreciation of your work!

Thumbs up, and keep it going!

Cheers
Christian, iwspo.net