Pages

Puduraya sedang dinaiktaraf. apa jadi?

emua sedia maklum bahawa stesen puduraya yang menjadi tempat pulang dan datang masyarakat serantau telah ditutup april lepas. untuk sementara waktu, pihak kerajaan memilih Stadium Bukit Jalil sebagai stesyen bas dan teksi sementara bagi membolehkan pihak yang terlibat mengerah tenaga dan usaha memperbaiki dan menaiktaraf puduraya tersebut.

cantikkah nanti?.. tunggu....

melihatkan perubahan lokasi tersebut, ramai masyarakat yang terkial-kial mencari di manakah letaknya stadium tersebut. hinggakan mat puisi sendiri, terlalu risau untuk ke stadium itu. takut sesat. biasalah. baru setahun di sini. belum puas ronda-ronda kuala lumpur.

namun, mat puisi, abg faizul , syawal the gemuks , dan ebi gagahkan juga mencari Stadium tersebut kerana mereka ingin membeli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing. mat puisi pun bersemangat mencari stadium tersebut. dah mat puisi yang memandu. ;)

Tuhan membantu kami. dapat juga sampai ke stadium tersebut dengan selamat. sesampai sahaja, mat puisi terpegun dengan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan tempat pengganti yang betul-betul selesa kepada masyarakat.

selesa bukan bermaksud ada penghawa dingin di sana sini, atau minuman percuma, tetapi penyediaan kawasan parking, ruangan kaunter tiket, tempat menunggu, gerai dan maklumat perjalanan destinasi seluruh Malaysia sangat memuaskan. kiranya, lebih baik daripada stesen puduraya yang penuh dengan kesesakan dan kelemasan.

gambar membuktikan segalanya.
kawasan parking yang agak selesa. bayaran :: RM2 
tidak terlalu sesak dan berhimpit

pelan lokasi yang lengkap. menunjukkan platform untuk menaiki bas

ruangan teksi dan bas

 kaunter tiket berada di dalam khemah besar. 
ruang menunggu di luar.

ruang dalam kaunter tiket. besar dan selesa. tidak terlalu sesak seperti di puduraya

kaunter yang lebih mesra rakyat. kalau tak puas hati, senang je nak tampar org di kaunter tu. hahaha


rakan-rakan mat puisi sedang berbincang untuk membeli tiket

senang kata, kerajaan amat mengambil serius dalam memastikan perpindahan tempat sementara ini berjalan lancar. cuma yang membuat mat puisi risau, pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan bas dan pegawai pembantu (bukan ulat tiket) yang menguruskan destinasi platform untuk penumpang terlalu kasar dan kurang profesional dalam menjalankan tugas.

bukan apa, mat puisi telah ditegur oleh pegawai tersebut bertanyakan ke mana destinasi yang ingin dituju, mat puisi kata, hanya mengikut kawan sahaja. tetapi pegawai ini tetap degil mengajukan pelbagai soalan. mat puisi hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. 

ya, tugas anda memang baik. membantu. tetapi haruslah faham bahawa jika kita katakan tidak, janganlah terus menujah kita. bukan belagak sombong. tetapi sudah dibilang awal-awal, hanya menemani. bukan mahu membeli tiket. jadi, tanggungjawab anda tamat di situ. tidak perlu mengikut belakang lagi.

walaubagaimanapun, tugas anda amat mulia. membantu masyarakat yang terkeliru di tempat baru. kami orang malaysia, tahu arah tujuan kami. harap boleh berikan tumpuan kepada pelancong asing yang jelas tidak tahu apa-apa. nampak seperti tersesat. menolong mereka lebih baik. ;)

sedang menunggu perubahan puduraya baru..! empat bulan lagi.

12 comments:

EDDY DY said...

untungnyer dapat stesyen bas gitu...kat Swk lom ada lagi kot....yg ada kwasan terbuka jer...

Nur Hawa Mohd Zin said...

Alhamdulillah lah...ni baru kata rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan ( betol tak ni)...

Amri Bahruji matPuisi said...

eddy::> kesiannye.. ala.. ni kan puduraya.. memang kawasan tumpuan. so, bile tgh nak naik taraf, kene cari tempat lain. kat stadium tu pn bahaya gak, kalu hujan, habis basah semua penumpang..

teringi nak g sarawak.. ;)

Amri Bahruji matPuisi said...

hawa::>entah la.. sy pun da lupe.. hahahaa

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

hakhak,,,,xyah la buat kat pudu tu,,

nyampah mak,,,(bak kate c auuuww) gua keras ok,,

sesak syiaakk kat ctu,,,

tieha ismail said...

kat cni pon ok gak...
lbey open....
ngeeeeee.....

Anne Boleyn said...

x prnah beli tket d pudu.. tak mau pergi pon. harap2 ble dah ubahsuai ni lg ok and selamat lah pudu tu.

Amri Bahruji matPuisi said...

lok::> ewww... x seswai lgsung ko nak jdi mak nyah.. miahahaaa

tiha::> mmg.. selesa je aku g sane..

nana::>x penah ke?.. baik x yah.. sesak giler doe.. bau ketiak.. wakakaa

makdara terdiva said...

ala..jauh sgt..plus x penah sampai lagi bukit jalil tu..huwaaaa...

Amri Bahruji matPuisi said...

mak dara::> xpe2.. baik x yah pegi.. x bes pn.. ahaks..! ;)

galenaFELDSPAR said...

babi kutuk aku. mak takde pun nak caras kau kat blog aku nyah!!!
:'-(

Amri Bahruji matPuisi said...

sawal::> opss.. sory... at least aku kenalkan blog ko kat org len.. hik3