Pages

pengakhiran itu penyesalan.. adei..!

''amri.. amri.. kau memang dah tau akan jadi macam ni. jadi, tabahlah wei..!!''

~~mat puisi bermonolog~~

memang dah tahu, memang dah agak, dan memang dah dijangka

kalau tak belajar,

kalau tak pernah ambil iktibar,

ITU YANG AKAN JADI..!

at puisi bukan apa. sekarang ni, perasaan mat puisi berbaur-baur. pening kepala nak ikut perasaan ni. 
perasaan mat puisi terbelah dua sekarang ni.  
geram dan takut. 


mat puisi geram sebab masa exam  BUSINESS STATISTIK tadi, mat puisi tak dapat jawab langsung. mat puisi dah cuba sedaya-upaya untuk jawab. puas mat puisi fikir dan perah otak ni, tapi tak dapat jawab langsung. semua jawapan yang mat puisi bagi, semuanya penuh dgn kekesalan. kesal kerana tak faham langsung apa yang mat puisi belajar sepanjang sem ni. ada dua sebab kenapa mat puisi tak faham, pertama, mat puisi selalu ponteng dan tak focus masa lecturer ajar. kedua, mat puisi belajar tak dapat keberkatan sebab mulut selalu membebel kat lecturer. bukan salah beliau, tapi memang salah mat puisi..! lecturer hanya bantu 20% sahaja. pemahaman konsep, perbincangan tutorial, dan pembawakan markah dalam subjek. semua yang lain, berada di atas batu jemala mat puisi. 
tak mengapa, mat puisi akur dengan dengan apa yang terjadi. redha dan tawakal. mat puisi perlu lakukan sesuatu. kena keluarkan kemampuan mat puisi yang sebenar..! kena develop cepat-cepat. nanti melarat. habis pening lalat nanti.. ngeh3..


takut?. banyak yang mat puisi takutkan. macam-macam yang bermain dalam fikiran ni. tapi mat puisi tetap tenang menghadapinya sebab sekarang ni, tengah menyusun strategi macam mana nak selesaikan catur hidup mat puisi ni. 
1. nak fikir kelangsungan hidup di UM berkenaan pointer. kalaulah pointer tak memberangsangkan lagi sem ni, adakah mat puisi akan kekal dgn course yang mat puisi ambil sekarang ni?.. 
2. takut memikirkan pasal rumah sewa. mat puisi dah tak duduk kolej sem depan. rumah tu dah ada, tapi, selagi tak bayar deposit dan tak duduk lagi dalam rumah tu, mat puisi memang tak senang duduk. 
3 bertambah takut lagi kalau nak duduk rumah sewa, tapi tiada duit langsung. takkan la nak mintak kat abg je. habis pokai la dia nanti. kesian. sekarang ni, nak makan pun korek-korek tabung tu. adoi...
4. tengah fikirkan cara utk bayar hutang-hutang yang mat puisi pinjam. kalau dikira, xde la banyak sgt. tapi mat puisi memang tak suka hutang. hutang ni pun sebab betul-betul terdesak. takut kalau tak dapat lunaskan bayaran tu. 


siapa kata wajah dan keperibadian mat puisi yang ceria dan ketawa ni membuktikan mat puisi tiada masalah?.. banyak lagi masalah yang kena hadapi. tapi biarlah mat puisi simpan. macam-macam yang membelenggu fikiran. masalah keluarga pun satu hal. adei...

tabah mat puisi..!!!

1 comments:

NuR said...

tabah ye mat puisi
kite mmg same
byk mslh tp luaran ceria jek
sampaikan kte sakit, org engt kite buat2 sakit
hmmm