Pages

panik di plaza tol federal highway...!

a Allah, tak pernah mat puisi duga bahawa pelawaan abang sebelum keluar dari rumah dan menjejakkan kaki ke dalam kereta itu telah membuatkan mat puisi tersedar bahawa kata-kata beliau harus ku pandang serius..!

''am, nak duit tak?'', pelawa beliau.
''tak apa lah. ada duit lagi. kan dua hari lepas dah bagi duit'', balas diriku dengan segan.malu kalau minta lagi...!

kereta iswara lama kepunyaan abang telah ditunggang oleh insan yang tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. baru petang tadi ke rumah abg di shah alam dan kini ke UM semula semata-mata untuk mengambil kereta. buat masa ini, kereta tersebut sangat penting..! ;)
~~hal ehwal pindah rumah sewa~~

pelbagai bulatan bersimpang siur dan jalan berlopak-lopak mat puisi redah dengan jentera kecil itu. kadangkala sisi cermin mat puisi toleh takut-takut ada mat sempit yang suka menghimpit bontot mat puisi. ;) setakat ini, selamat. lega. bulatan terakhir worldwide mat puisi drift saja. senang.! tup tup dah memasuki lebuhraya federal.

sinar fm terpasang di penjuru cuping telinga. tenang mengalunkan irama cinta. aww..!.

signboard menunjukkan,
10 kilometer Plaza Tol Federal. Pastikan Lorong Anda.

mat puisi cek di dashboard kereta. ''macam sikit je syiling'', getus hati mat puisi. 

mat puisi mula tidak senang duduk. dalam kiraan rambang, tidak sampai RM1.00 pun syiling yang ada di dashboard tersebut. mula gelisah. mat puisi korek-korek lagi poket seluar yang ada. tiada respons syiling. 
--sudah agak..!-- 
alamak....!

''mati la aku. apa yang nak dibayar dengan duit seciput mcm ni?. boleh tak ye kalau bagi pekerja tol tu syampu ni'', mat puisi memikirkan alternatif. (tidak munasabah bagi syampo yang mat puisi curi dari rumah abang.! hahaha)

hati bertambah gelisah. rempuh tiang...? betul.. susah sangat rempuh je tiang tol tu. tidak. masih waras lagi fikiran mat puisi ini. fikir..!fikir..!

masa-masa genting mcm ni, boleh la pula keluar ayat abang mat puisi tadi, ''am, nak duit tak?''. menyesalnya tak ambil. kalau ambil, tak perlulah mat puisi lalui situasi panik sebegini. adei..

~~~~~~~~~~

Plaza Tol 500 meter

kelibat cahaya terang benderang menyuluh pandangan. ''mcm perli nampak lampu-lampu ni?'', desir hati mat puisi. kali ini mat puisi nekad. kalau duit yang ada tidak cukup, mat puisi turun kereta, pinjam kereta di belakang. naked.! ...?... eh silap. nekad..!

dalam jarak 250 meter sahaja lagi, mat puisi kira betul-betul bilangan syiling yang ada. sambil-sambil itu mat puisi belek celah-celah kerusi. manalah tahu ada syiling yang Tuhan turunkan dari langit. kejap! 

''eh, amri..! sekarang ini ada RM1.10. tepat..! cukup ke tak?'',keluh mat puisi.

kepala mula menjenguk skrin paparan berdekatan pondok tol itu. harapan nilai yang tertera adalah RM 1.10. leher mula menzirafah.! alamak lagi..! mcm tak cukup la. mat puisi merengus. kenalah turun kereta lepas ini.

jentera kecil ini merendahkan diri memasuki lorong ketiga dari kiri ke halaman pondok tol. 

ha?.! biar betul?.. tak percaya?.. Alhamdulillah.. nilai itu sama. sama..! RM1.10 itu RM1.10..

macam tidak mempercayai keajaiban yang berlaku. sumpah..! Allah benar-benar tolong hambaNya kali ini. nilai yang dikorek-korek di celah iswara tu, benar-benar membantu melepaskan diri untuk melepasi plaza tol federal highway. syukur. Alhamdulillah. hati mula berasa tenang. panik mula hilang. :)

pelajaran, kalau org dah offer tu, ambil je la. jangan nak malu-malu..! sengal betul amri ni
dan lepas ini mat puisi perlu lebih,
relax ketika menghadapi situasi sebegini 

tips berjaya :: pastikan letak tabung anak-anak dalam kereta..!

6 comments:

noazhatori said...

x bleh blah kot..huahuahua~~

pape pun, always prepare for the worst..

n ingat Allah selalu..Dia ada waktu kita nak Dia..tapi pernah ke kita ada waktu Dia nak kita??huhu~

Amri Bahruji matPuisi said...

ijat::> hahaa... tanks 4 d nasihat. ;).. hmm.. insyaAllah aku akan menjadi hambaNya yang sentiasa berada di sisiNya..;)

Aus MeLankoLik said...

hahahak , tu la kau , berlagak , hipokrit , jeles , dengki . hahahak .

takde kena mengena pun , saje aku komen cmni .

lenkali , kau tawar menawar la skit kat akak tol tu , hahahak

Amri Bahruji matPuisi said...

aus:: eh..eh.. ko ni.. terkejut aku tgk..!..sengal ko.. huhuhu

takut gak nak tawar menawar ngn akak tol.. kang buat nye dia langsung x bagi tawar, habis aku terkandas kat situ.. x bole nak lepas tol tu.. huhuhu

makdara terdiva said...

lepas ni bolela karang puisi utk mami diva..lalallala..

Amri Bahruji matPuisi said...

mami diva::>tanks mami sudi beri komen.. ;).. nak sy buatkan puisi?.. bole2.. hik3..