Pages

lampu isyarat seluruh petaling jaya rosak teruk?


jangan terkejut dengan statement ini. mat puisi pun terkejut sebenarnya. hahaha.

sebab lampu isyarat ini rosak mungkin berpunca daripada dentuman ritma sayu senja mat puisi tadi tu. hmm.. hehehe..

bukan apa, sepanjang perjalanan mat puisi ke rumah abang dari UM (Petaling Jaya, PJ) ke Shah Alam, starting dari trafic light betul-betul dihadapan gate PJ UM, sudah menunjukkan kesesakan dan kebangsatan kenderaan-kenderaan di jalan raya.

namanya trafic light tu tak berfungsi, jadi tak keluar la pakcik berkepala warna tiga tu. so, mereka ni mulalah menunjukkan belang mereka. main belok je, main masuk je lane org tanpa mengambil kira kenderaan di hadapan. lebih-lebih lagi, mat rempit macam gua ni..!. hahaha..

semasa di gate PJ UM tu, ada beberapa kereta ni, mereka main belok je. langsung tak kasi mat puisi lepas dulu. padahal ruang kereta tu dengan kereta depan jauh. apa salahnya, perlahankan kereta tu dulu. mat puisi nak je terus cilok arus tu, tapi mereka ni cepat-cepat rapatkan dengan kereta depan.

mcm si**........ si**....si.aaamang betul la kereta tu. nak je mat puisi tunjuk *jari tengah* dekat si bontot tu. arghh...

ada lagi cerita, kali ini di trafic light yang lain. sekitar tasik jaya bertentangan dengan mkok mall. kelihatan pakcik berkepala warna tiga sudah dibaikpulih. bagus. masalahnya, ada satu kereta ni bawa kereta mcm org mabuk. nak kata baru balik club, matahari masih lagi menyinar. mungkin penat balik kerja. kereta ni nak kata belok ke kiri mcm tak, ke kanan mcm jauh panggang dari api. -berada di tengah-tengah- mana tak geram, mat puisi pun teragak-agaklah nak elak kereta tu. last sekali, mat puisi terus belok kanan.

hah...! ambil kau, amri.. mat puisi hampir dilanggar kereta dari belakang. nasib baik masing-masing sempat stop. selamat. tak sanggup nak retak lagi bahu mcm tahun lepas. fobia.!

selepas itu, segalanya berjalan lancar. mat puisi terus selamatkan diri masuk lorong motosikal. eh. terus sampai rumah abang. hebat mat sempit mcm mat puisi ni..! ;)

kejap.. kejap.. ada lagi satu cerita. mat puisi nampak, terlalu banyak lori-lori besar yang masih bertempiaran di jalan raya walaupun ketika itu adalah masa puncak. setahu otak geliga mat puisi ini, kenderaan berat selain bas tidak dibenarkan melalui kawasan-kawasan sesak. undang-undang dah siap. siapa yang perlu dituding jari?

jangan salahkan pihak polis jika mereka tak jalankan tugas sebab polis-polis ini sangat berdedikasi mengurus trafik masa tu. kalau mereka tiada, maka banyaklah kenderaan yang bercium-cium. dosa..! ;)


akhir kata, terima kasih polis-polis. kalian memang hot..!

inilah mat puisi..!! miahaha... -bukanlah-

0 comments: