Pages

kuasa mahasiswa UM menghadapi PRK..

mat puisi sebenarnya ada sesuatu nak post bagi entry terbaru ni. dah lama mat puisi simpan dan berhajat nak post entry ini. tapi,entry ni tak habis ditulis kerana mat puisi terlalu malas untuk membincangkan hal ini. 

hal ini sebenarnya, membincangkan mengenai PILIHAN RAYA KAMPUS di UNIVERSITI MALAYA yang telah berlangsung pada seisi baru-baru ini. macam-macam berlaku. baca dan fikirlah baik-baik. ;)




~~ini hanyalah pandangan aku terhadap PRK sesi 2010/2011. tiada manipulasi pemikiran jentera pembangkang mahupun kerajaan.

sebagai mahasiswa tahun pertama yang bertapak di bumi perdana ini membuatkan aku teruja dan bersemangat mengikuti perkembangan PRK. mungkin aku masih mentah untuk memahami keseluruhan PRK ini tetapi biarlah hati dan akal aku ni masak untuk menilai.

baiklah, pertama sekali aku lihat kawan-kawan aku lantang bersuara mengatakan pihak universiti bertindak zalim terhadap mahasiswa memandangkan UM ni juga dikenali sebagai ''University of Money''. tidak hairanlah mengapa banyak sekali mahasiswa mengatakan pihak universiti membebankan rakyatnya. aku juga sokong tetapi lama kelamaan aku sendiri berfikir, UM yang terletak di tengah ibu kota memerlukan penyelenggaraan yang tinggi dan kos hidup yang kian menghimpit. tidak mengapalah kerana aku di bawah tajaan JPA.. syukur...#__#

baiklah, tujuan utama aku menceritakan ini adalah terdapat mahasiswa begitu sibuk mulutnya menggesa pihak universiti menurunkan kadar yuran. zalim katanya. mulut ringan meniti masa yang sentiasa berjalan. PRK 2010 datang. segala-galanya terbongkar. mahasiswa yang dahulunya begitu lantang membantah kini jelas berbaur pekung apabila merekalah yang sebuk menyokong pihak universiti. seperti mana yang diketahui, majoriti kakitangan pihak universiti pro-a. jadi, mereka secara automatiknya menyokong pro-a. ~~~~



itu sahaja. penulisan terhenti kerana pelbagai pembongkaran telah terdedah di depan mata mat puisi. mat puisi nak tengok apa yang akan terjadi pada PRK seisi hadapan.tahu benda ni dah lapuk dan tak perlu diungkitkan. tapi, hati mat puisi ni tak tenteram selagi entry ini tersimpan dalam ruangan blog mat puisi. 

--hanya untuk tatapan ramai sahaja mengenai pandangan mat puisi--

:)


0 comments: