Pages

Kerana sekeping syiling.

Ekor atau kepala?


Kelihatan dua pasukan sedang bersiap siaga untuk bertempur. Dalam kehujanan padang yang dibasahi jeritan penonton, ternyata syiling yang menjadi penentu untuk memastikan yang mana antara dua pasukan ini akan memulakan perlawanan.

Pasukan satu memilih kepala manakala ekor untuk pasukan dua. Pengadil yang menentukan nasib. Dilambung ke udara syiling tersebut dan disambut dengan penuh rahsia dan percaya. Ketika tapak tangan itu dibuka, ternyata ekor yang muncul.

Kumpulan dua memulakan langkah sebagai pengendali awal perlawanan.

~    ~    ~    ~    ~    ~    ~    ~

Syiling. Walaupun nilainya kecil, tetapi tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia terutamanya ketika situasi perlawanan.Syiling yang menentukan pasukan mana yang memulakan perlawanan. Dan kadangkala syiling juga yang menentukan pasukan mana yang memenangi pertarungan.

Pernah dulu ketika di sekolah rendah dalam perlawanan bola baling, kedua-dua pasukan dalam pertarungan yang sengit. Separuh masa kedua mencatat mata seri, 7-7. Separuh masa tambahan juga tanpa jaringan. Penalti? Masih mencatat kebuntuan. Kehebatan kedua-dua pasukan ini membuat keresahan pihak pengadil untuk memahkotakan gelaran juara. Kata sepakat telah dibuat. Syiling yang sering dicampak-campak menjadi pilihan. Pilihan seperti biasa.

Kepala atau ekor?

Ternyata pasukan yang memilih kepala menjadi pilihan nasib untuk menjadi juara. Keringat yang mencurah-curah selama satu jam hanya sia-sia. Nasib yang menentukan.

~    ~    ~    ~    ~   ~    ~    ~

Mungkin syiling menjadi pilihan terakhir dalam jual beli tetapi kuasanya  dalam memastikan menang atau kalah sesebuah pasukan amat penting.

Besar peranan itu.


3 comments:

ezam said...

saya berharap hidup saya tidak tentukan oleh percaturan duit ssyiling.....

Nur -al- Ain said...

kepale dgn ekor ke? bukan kepale dgn bunge?

Amri Bahruji matPuisi said...

ezam::> insyaAllah.. duit syiling kadang penting.. kadang2 bawak masalah.. huhuhu

ain::> entah la ye.. kalu dlm english. head or tail. so, translate, kepala atau ekor.. huhuhu