Pages

countdown :: 4 hari lagi..! --imbauan kenangan--

empat hari sahaja lagi..!

bosan dengan hidup menjadi kanak-kanak belasan tahun..

semua cakap mat puisi ni tak matang..

ramai yang tak respect mat puisi lagi sebab perangai mcm budak-budak..

hey..! mat puisi sekarang dah hampir masuk ke alam 20-an ok.! selepas ini tiadalah lagi 1 di hadapan bilangan hidup mat puisi. semuanya akan terus bertambah. tup..tup.. tiba-tiba dah 40 tahun kan..! huhuhu

masa bayi. masih ingat lagi mat puisi ketika dilahirkan di Hospital Kota Tinggi. emak sudah mengerang kesakitan. sebenarnya sudah biasa dengan situasi sebegini. mana tak nya, 6 anak sudah diproses..! mat puisi keluar dari rahim emak dengan selamat. ingat lagi masa tu, abah mengalunkan azan dan iqamat di telinga mat puisi. sayup dan syahdu. mat puisi menangis masa tu sebab terharu dapat ayah yang begitu bertanggungjawab. bersyukur.

selepas semuanya selamat, mat puisi dibawa pulang ke rumah. FELDA AIR TAWAR 4, KOTA TINGGI, JOHOR. owh, inilah rumah yang bakal menjadi sungai hidup mat puisi. cantik.! :)

jika dulu, semasa abah baru-baru pindah, abah cakap rumah ini semuanya papan. tak sempat nak duduk, abah terus robohkan rumah ni dan terus tukar jadi batu. adalah sedikit papannya, tapi tak sama dengan rumah jiran. abah berceloteh semasa mat puisi sedang enak dibuai pelukan emak. malas nak dengar. hisap susu lagi best. hihihi..

hidup punya hidup. makan punya makan. cerita punya cerita. mat puisi masuk ke alam kanak-kanak.

contoh rumah FELDA dulu-dulu
*terima kasih google. cantik..!*

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

--selesai sahaja ''graduate'' semasa Tadika KEMAS di kampung, mat puisi sambung belajar di
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN FELDA AIR TAWAR 4-- seronok..! masa darjah tiga tu, ingat lagi nama guru kelas, cikgu rafeah. dia sangat-sangat baik. masa dah nak habis ''semester'', kami buat jamuan akhir tahun. adalah sikit buat anugerah. nak tahu anugerah apa mat puisi dapat?.

* * Anugerah Murid Paling Baik * *

terharu dan tak sangka..! --jawapan artis-- mana taknya, anugerah tersebut dipilih dikalangan rakan-rakan juga. tak tahulah mana yang baiknya mat puisi ni. tapi, dari pandangan orang, memang mat puisi baik. kot. hahaha.. 

mungkin keturunan abah dan emak. sebab mereka perfect dalam hidup mat puisi. semuanya ada. 

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

hari berlalu. eh, dah sampai ke MRSM BATU PAHAT, JOHOR la. di sini bermula rencana baru dalam diri mat puisi untuk menjejak langkah kejayaan. mat puisi cari siapa diri yang sebenar. cari keistimewaan yang ada dalam diri. bentuk peribadi. kawal tingkahlaku. dan semuanya mat puisi bina. zaman kejatuhan dan kebangkitan juga berlaku ye.. ;)

!! kini, inilah mat puisi !!

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

wow.! KOLE MARA KUALA NERANG, KEDAH pun mat puisi jejak..! sejarah hidup dan kenangan manis telah terukir di relung pemikiran mat puisi. bertemu sahabat sejati (walaupun selalu menyakitkan hati.. huhuhu ), tenaga pendidik yang benar-benar berdedikasi, dan pihak pengurusan yang betul-betul cemerlang..! semuanya lengkap di sini. empayar kejayaan mula terbina di sini. 

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

pergh..! UNIVERSITI MALAYA doe..! siapa yang tak sangka mat puisi telah berada di sini?.. semuanya kagum bukan. huhuhu.. ~~perasan je~~ bukan apa, UM adalah platform terbaik untuk mat puisi menjadi orang yang hebat kerana produk dahulu yang dihasilkan juga hebat..!

tiga tahun lagi di UM, bakal merencana agendanya tersendiri. tunggu dan lihat..! :)

~   ~   ~   ~   ~   ~   ~   ~

hmm.. begitulah kisah ringkas hidup mat puisi. nampak mudah kan. belum lagi mat puisi ceritakan dengan lebih syahdu setiap isi kandungan diari ini. mesti ada yang menangis. hahaha..

motif cerita~~ sebab ulang tahun menyambut kelahiran mat puisi bakal menjelma, 9 MEI ini. jadi, nak ceritalah serba sedikit kisah hidup mat puisi sebagai kenangan disepanjang 19 tahun ini. lepas itu, tiada lagu belas. kini, puluh..! huk3.. sedih la pula. nak kena jadi matang dan macho lepas ni..! ;D

7 comments:

eqbalzack said...

abg pun skrg ni kat UM...tak jumpa pun mat puisi kat sana...hehe

noazhatori said...

x bleh blah..bleh ingat ayah azan kat tlinga masa lahir???

huahuahuahuahua~~

Nur Hawa Mohd Zin said...

mmg pandai puisi ye..leh wat satu utk awe nanti yea..

Amri Bahruji matPuisi said...

abg eqbal::> um kat fac or kat kolej?.. nak jmpe x?.. hik3

ijat::>hahaha.. mesti la.. tu detik y pling mengharukan/..

cik hawa::> boleh.. insyaAllah.. ;)

embun d tengah malam said...

salam ziarah..baru ke lama ker sama saja..huhuhu

aku pun baru lagi..

tapi ayat kau bagus la..

kau pandai puisi ker?

gempak jugak ni..payah nak jumpa lelaki terer berpuisi..

Amri Bahruji matPuisi said...

embun d tengah malam::> wasalam.. ;) hehhee.. baru nak berjinak.. rasa rendah diri sikit.. ;).. tanks 4 d compliment.. pandai la jugak buat n bace puisi. ;)

Anonymous said...

umah mk cantik lg la...mse ko lahir dah tak rase dah umah papan camtu....drama je ko ni am...

ashaaishah bahruji