Pages

countdown :: 3 hari lagi..! --aku seorang pendidik.. InsyaAllah--

menjadi seorang pendidik

tu cita-cita yang sentiasa mat puisi genggam dari kecil sehinggalah sekarang. emak suruh jadi doktor, tapi mat puisi tak mahu. nasib dapat emak yang betul-betul tidak mengongkong. menyokong setiap keputusan anak-anaknya dengan beberapa nasihat supaya jadi anak yang berguna.

ayat emak, ''adik, belajar bersungguh-sungguh. emak selalu doakan adik supaya berjaya''

ayat itulah yang sentiasa menyorot ruang telinga dan hati mat puisi. penambah semangat. kadang-kadang sering terlupa akan nasihat itu. tapi, emak akan telefon pada waktu dan ketika yang tepat. sayang emak..!

berbalik pada cita-cita mat puisi. entah mengapa mat puisi berminat dan benar-benar ingin menjadi pendidik. tidak kiralah cikgu sekolah rendah, sekolah menangah, atau apa-apa sekolah yang wujud di dunia ini. yang penting bergelar pendidik.

pendidik bukan sahaja terbatas kepada mengajar seseorang, tetapi lebih kepada memberi dan berkongsi pendapat serta tunjuk ajar bagaimana menjalani kehidupan yang mendatang. nasihat dan tunjuk ajar yang datang dari hati ikhlas dan tulus.

itu yang membuatkan golongan pendidik sangat istimewa

cita-cita itu akan mat puisi genggam dengan erat. pelbagai onak yang perlu dicanak dan duri yang perlu digagahi. lagi-lagi apabila 9 MEI ini secara rasminya bergelar seorang belia. 

menjejaki umur 20 tahun membuatkan mat puisi begitu bersemangat dalam mengejar cita-cita. selepas ini, mat puisi akan pandang ke belakang sekali-sekala tetapi terus mencari kekuatan memandang ke hadapan. doakan mat puisi berjaya. ;)


14 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

wah!!! gud luck ye...majulah anak bangsa kite!!!

Amri Bahruji matPuisi said...

bur hawa::> tanks hawa.. ;)

EDDY DY said...

selamat mengajar...moga success selalu...

Amri Bahruji matPuisi said...

eddy dy::> tanks atas semangat y diberi.. ;)

Nur Hawa Mohd Zin said...

welcome..semoga dpat temph cabaran guru ni..n jadikan lebih ramai anak muda berahklak mulia

Amri Bahruji matPuisi said...

hawa::> insyaAllah.. memang itu niat saya. x nak tgk anak2 muda ni terjerumus. at least, kite mncube utk bimbing mereka.. ;)

malyna said...

tak sangka aku kau ni. hahahhaha, gudlak wehhh :)

Amri Bahruji matPuisi said...

amal::> x sangka ape nye.. ? ;p

asphaq said...

good luck bro !

tersentuh sekejap.

haha.


woot woot :)

Amri Bahruji matPuisi said...

ashpaq::> tanks sudi singgah di blog mat puisi.. huhuhu.. nape nak tersentuh?.. nak jdi penddik gak ke?.. ;)

Nur Hawa Mohd Zin said...

betol..betol..betol..skunk kebanyakkan anak muda remaja dah hilang arah tujuan

Amri Bahruji matPuisi said...

nur hawa::> betul tu... mereka tidak tahu ke mana arah y ingin dituju. tu y nak jadi pendidik. kasi luruskan skit arah mereka.. :)

Nur Hawa Mohd Zin said...

hah bagus2 yang bengkok kasi lurus ckt..heheh

ardinihumaira said...

bakal cikgu ke ni? wah... bagus2.. tahniah ye.. cik abang dni juga seorang pendidik.. ayah dni juga pendidik.. atuk dni juga seorang pendidik.. dni kagum dengan anda2 para pendidik! ^___^