Pages

countdown :: 2 hari lagi..! --visi dan misi menjelang 20 tahun--

hidup tiada visi ibarat pokok mati kerana tiada akar.

hidup tiada misi ibarat dedaunan luruh kerana tiada baja.


begitulah ibarat yang boleh mat puisi klasifikasikan dalam merencana hidup sampai nadi ini terhenti.
 visi dan misi sangat penting dalam memastikan perjalanan hidup kita terurus dan tersusun.

menurut kamus dewan online ,

visi bermaksud :tanggapan dan pandangan yg jauh dan men­dalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkem­bangan masa depan dsb, wawasan


manakala,


 misi bermaksud :tugas khusus yg merupakan tanggungjawab bagi seseorang 


justeru, bagi meneruskan kelangsungan visi dan misi hidup bergelar belia ini, mat puisi telah merencana visi dan misi yang  akan mat puisi genggam sehingga tercapai. ;)

visi

menjadi manusia yang mampu mencipta satu sejarah yang tidak akan dilupakan selama ini. tidak kira apa bidang, tetapi sejarah itu mestilah dapat membanggakan manusia sejagat terutamanya keluarga, bangsa, agama, dan negara yang tercinta. 

misi

1. mencapai cita-cita iaitu menjadi seorang pendidik

2. mempunyai bisnes sendiri dan mampu berdiri megah dengan bisnes tersebut

3. membalas jasa emak, abah, dan keluarga serta semua yang pernah membantu dan memberi sokongan (paling penting)

4. disenangi dan dihormati oleh orang ramai
5. memastikan pelajaran sepanjang hidup tidak diabaikan

6. membantu masyarakat setempat dalam memperbaiki hidup


itu adalah visi dan misi mat puisi. mat puisi akan berusaha sampai keringat yang terakhir ini terhenti tetesnya. InsyaAllah. doakan mat puisi. ;)


5 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

amin...semoga tercapai misi dan visi kamu ye...ramai kata org berpuisi dianggap sering berkhayal..ttp org berpuisi jugak sbnrnya fkrn dia jao dr org biasa..sebab dia pandang sesuatu tembus ke isi dalam berbanding orang biasa yang pandang sesuatu hanya sbg objek biasa

Amri Bahruji matPuisi said...

cik hawa::> wow.. terpegun dgn catatan itu. ;).. mereka menganggap berpuisi kerana puisi menggunakan bahasa yang jiwang dan meleleh-leleh. mungkin terpengaruh dgn puisi cinta y tidak bermutu dan trlalu byk di dunia berpuisi ini.

bukan nak ckp sy ni pandai buat puisi atau puisi2 saya bermutu, tapi saya hanya meluahkan puisi2 saya dengan cara y paling matang dan tidak meleleh-leleh. mungkin ada kekurangan. ~~perlu lebih belajar~~

;)

puisi ini bukan kerjaya saya sepenuhnya. hanya hobi. tetapi jika ada rezeki, mungkin boleh buat bisnes atau sy akan menjadi seseorang dlm arena puisi malaysia. huhuhu.. insyaAllah.. ;)

Nur Hawa Mohd Zin said...

puisi mungkin bnyk versi..awe pun tak pandai berpuisi..ada yang gunakan puisi utk luahkan perasaan / cinta, ada utk jadikan karya dan ada utk jadikan medan untuk memberi nasihat..

ardinihumaira said...

bagusnya misi2 tersebut!

dni doakan semoga segala misi yang tercipta itu segera terlaksana dan dimakbulkan, amin... ^___^

Amri Bahruji matPuisi said...

dni::> tanks.. insyaAllah.. sy akn cube sedaya upaya..;)