Pages

* * biasan kaca hati * * (puisi 8) -Ikatan Mesra-



meneliti riang mesra kanak-kanak
terselit sinis kecil
bibir menyorok seribu rahsia
tersimpan dalam ikatan
teguh
tak pernah terbuka

merenung kembali ikatan itu
memikirkan apa yang berlaku

pernah
suatu ketika dulu
hati kecil ini gembira
menyusuri laluan mengasyikkan
bergelak ketawa bermesra segala
indahnya dunia

atas mesra inilah 
diri ini kian bebal
penuh dengan kemesraan
siapa-siapa sahaja
larut ditelan kealpaan
lupa
dalam dakapan mesra

kanak-kanak
hadapi dunia dengan kesedihan
jangan curahkan segala kemesraan
kelak
jauh dari pangkal kemuliaan