Pages

* * biasan kaca hati * * (puisi 7) -Tangisan Hati di Sejadah-


Untuk puisi kali ini, mat puisi akan mempamerkan salah satu puisi bersejarah dalam hidup ini. puisi ini adalah salah satu puisi terbaik yang pernah mat puisi hasilkan dan paparkan di salah satu webblog usang mat puisi. 


sebelum ini, mat puisi juga sudah paparkan salah satu puisi daripada webblog ini. 


dan kini, mat puisi paparkan salah satu karya hebat .kot. mat puisi. selamat menghayati. :)



Garapan naluri cetusan hati,

Meluaskan pemandangan sanubari,

Sayu meneroma alur-alur hati,

Menangisi kerakusan mengejar duniawi,

Kuasa Ilahi kuasa hakiki….



Saat sejadah dititisi air mata,

Badan rebah dikuasai yang Esa,

Menenangkan amarah meronta-ronta,

Ingin menuju kancah durjana,

Membawa ke pintu neraka…..



Menutup litup kisah lama,

Terhenti mati dibentengi kuasa,

Maha Segalanya………



Sayup alunan suara Iman,

Memuji, menjunjung, mendaulatkan nama Tuhan,

Meloloskan dari api samarahan,

Dari menemplak, melingkari di jiwa insan,

Lantas suara Iman menggertak perasaan,

Memadam api, memutikkan perasaan,

Cinta Ilahi, cinta sepanjang zaman……….



Hati syaitan kian menyepi,

Terpendam, sejuk, beku, dan mati,

Hati suci kini dituruti,

Hidup baru cahaya Ilahi………



Bingkas gagah dari sejadah,

Harapan dibawa memikul cinta,

Cinta kepadaNya, yang Maha Kuasa,

Permaidani suci terbit bercahaya…………….


p/s :: pada tanggal 7 mei 20010, sudah genap dua tahun puisi ini dihasilkan

2 comments:

ardinihumaira said...

kamu sangat pandai berpuisi ;)


teruskan karya2 ni tau.. dni suka baca

Amri Bahruji matPuisi said...

dni::> terima kasih dni.. saya akan teruskan selagi ada daya n usaha.. ;)