Pages

* * biasan kaca hati * * (puisi 3) -Disepanjang Lorong Bernajis-


entry *  * Biasan Kaca Hati * *  membicarakan puisi yang  sudah lama dihasilkan. jika diimbas kembali, tarikh catitannya adalah 7 Mei 2008. dah lama kan..? kalau dihitung, lagi 3 hari nak genap 2 tahun. huhuhu

nak tahu sebab apa mat puisi masih ingat lagi tarikh puisi ini dicipta?.. sebenarnya, mat puisi sudah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. ini adalah blog mat puisi di kala zaman remaja. :) tapi, bukan blogspot. mat puisi guna wordpress. :)

sangat budak-budak..! ;)

mat puisi ada juga post beberapa entry puisi di sini ,  tapi semuanya hanya sementara. sekarang ini, baru nak bina tembok puisi dalam jiwa dewasa mat puisi. ;).. inilah puisinya,

Di perjalanan lorong bernajis,
Membertih manusia lalai,
Dalam enak manusia dibuai,
Ia rancak dinakhodakan syaitan……….

Sudut sana,
Mencucuk jarum khayalan,
Menghidu Kristal imaginasi,
Tenaga longlai dirasai,
Mata tetap tercelik………….

Di sana,
Ada sedikit belukar berduri,
Sepasang nafsu bertindih,
Merasai keluh cinta,
Lintah menghirup kemanisan darah………..

Langkah ke tepi,
Nafsu bergejolak,
Sayang, cinta, madu,
Keduanya bertubuh sama,
Tegap dan tampan,
Tembam dan ayu……………..

2 comments:

Norfa Lyana said...

oit..x update pon aku lam blog list ko...uish..

Amri Bahruji matPuisi said...

hahahaa... y dlm blog list aku tu org2 y pnting je..
miahahahaa