Pages

Imam Muda - ke arah melahirkan pemimpin sejati -


Satu rancangan terbaru hasil kreativiti pihak Astro telah mula ditayangkan bermula 22 Mei 2010 di saluran Oasis:106 sebaik sahaja Akademi Fantasia 8 melabuhkan tirai. Produksi Astro memang bijak dalam merencana kelangsungan rancangan tvnya. Jika dulu selesai sahaja AF8, penonton terus dilalaikan dengan Sehati Berdansa.

Namun, kemunculan Imam Muda ini sedikit sebanyak mengubah tanggapan serong yang mengatakan produksi Astro hanya ingin mengaut keuntungan dengan sering memaparkan rancangan realiti tv yang kurang berfaedah. Terutamanya dalam membentuk sahsiah dan rohaniah masyarakat.

Sedikit sebanyak mengenai latar belakang rancangan realiti Imam Muda.


memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.


program siri pencarian sekumpulan remaja lelaki Islam  bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.


peserta dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan 


mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh ugama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.


menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.


berikut merupakan calon-calon imam muda yang bakal bersaing secara sihat dan akan mencetuskan fenomena rancangan realiti negara ::

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN


AMIRIL MD BANIN


MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR BIN GHAZALI


AHMAD HAZRAN BIN AHMAD KAMAL


HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI


NIK MUHAMMAD ADIB BIN MD AMIN


NURI ALI BIN ARBA’IN


SHARAFUDDIN BIN SUAUT


AHMAD SYAKIR BIN ZAMRI


MOHD TAUFEK BIN MOHD NOH

belum apa-apa lagi, mat puisi dah ada calon imam muda favorite, syakir. hehehe.. umur dia 19 tahun. peserta paling muda. tahniah untuk beliau dan semua calon imam muda. 

jadilah imam yang disegani khalayak dan terus memahmudahkan masyarakat kita terutamanya umat Islam. ;)


* * sumber info dan gambar daripada Imam Muda @ Astro  dan akhbar metro online

Kerana sekeping syiling.

Ekor atau kepala?


Kelihatan dua pasukan sedang bersiap siaga untuk bertempur. Dalam kehujanan padang yang dibasahi jeritan penonton, ternyata syiling yang menjadi penentu untuk memastikan yang mana antara dua pasukan ini akan memulakan perlawanan.

Pasukan satu memilih kepala manakala ekor untuk pasukan dua. Pengadil yang menentukan nasib. Dilambung ke udara syiling tersebut dan disambut dengan penuh rahsia dan percaya. Ketika tapak tangan itu dibuka, ternyata ekor yang muncul.

Kumpulan dua memulakan langkah sebagai pengendali awal perlawanan.

~    ~    ~    ~    ~    ~    ~    ~

Syiling. Walaupun nilainya kecil, tetapi tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia terutamanya ketika situasi perlawanan.Syiling yang menentukan pasukan mana yang memulakan perlawanan. Dan kadangkala syiling juga yang menentukan pasukan mana yang memenangi pertarungan.

Pernah dulu ketika di sekolah rendah dalam perlawanan bola baling, kedua-dua pasukan dalam pertarungan yang sengit. Separuh masa kedua mencatat mata seri, 7-7. Separuh masa tambahan juga tanpa jaringan. Penalti? Masih mencatat kebuntuan. Kehebatan kedua-dua pasukan ini membuat keresahan pihak pengadil untuk memahkotakan gelaran juara. Kata sepakat telah dibuat. Syiling yang sering dicampak-campak menjadi pilihan. Pilihan seperti biasa.

Kepala atau ekor?

Ternyata pasukan yang memilih kepala menjadi pilihan nasib untuk menjadi juara. Keringat yang mencurah-curah selama satu jam hanya sia-sia. Nasib yang menentukan.

~    ~    ~    ~    ~   ~    ~    ~

Mungkin syiling menjadi pilihan terakhir dalam jual beli tetapi kuasanya  dalam memastikan menang atau kalah sesebuah pasukan amat penting.

Besar peranan itu.


selamat menyambut hari lahir sayang...!

Dedikasi khas untuk sahabat mat puisi::>

p/s::yang lain, jangan nak syak wasangka ek.. suka hati mat puisi la.. hahaha..

~ ~ ~lalalala~ ~ ~

sahabat, tak sangka kita lahir pada bulan dan tahun yang sama. cuma aku sahaja yang lebih tua sikit. hahaha.. harap hari-hari mendatang akan membuatkan persahabatan kita menjadi lebih baik dan rapat.

terima kasih sebab sudi menjadi sahabat saya...! ;)

ingat lagu kita tau. lagu yang sentiasa membuatkan kita kembali mengingati kenangan yang telah lalu dan kenangan itu masih berbunga dalam ranting usia kita. (ayat dalam lagu pergi-aizat)


harap mc'd semalam cukup la ek nak tambah lemak kat badan keramping kau tu. wakakaka...

happy birthday....!

Transisi baru Akademi Fantasia 8

Tirai telah dilabuhkan. Juara telah ditentukan. Harap akan terus membawa rencana baru dalam dunia seni ini. Ada beberapa perkara yang membuatkan mat puisi kagum dengan Akademi Fantasia musim terbaru ini.

Terdapat perubahan dan sesuatu yang baru telah mat puisi saksikan.


~    ~    ~    ~    ~    ~
Pertama - Pengetua.

Sedia maklum pengemudi AF8 kali ini bukan calang-calang orang. Salah seorang trio hebat kelahiran Malaysia, Norman KRU. Jelas beliau bersungguh-sungguh dalam memastikan anak didikannya mampu untuk menjadi ‘seseorang’ kelak. Segala ilmu yang dicurahkan baik dari segi teknik nyanyian, persembahan, produksi, dan komunikasi, telah beliau curahkan dengan baik.

Walaupun bagi pandangan mat puisi tidak sehebat Ramli MS (semasa AF2 sahaja), M Nasir (AF3), dan Datin Tiara Jacquelina (AF7), namun, pelajar-pelajarnya sudah matang dalam membuat persembahan.
Bukti semasa konsert akhir yang berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat sedikit kekurangan dari segi aturan acara yang ada, namun, persembahan setiap pelajar amat berbeza dan matang dalam mengatur rencana persembahan mereka.


Kedua – Pemberian Lagu Baru untuk Setiap Pelajar

Perubahan ini yang mat puisi kagumi. Pihak produksi dan tenaga pengajar khususnya Principal Norman bijak mencatur dan mengatur langkah pelajar AF8 untuk mengorak langkah di masa hadapan. Setiap pelajar diberikan genre lagu yang bersesuaian dengan vocal dan gaya yang dibawa setiap pelajar. Muzik video juga telah siap untuk tatapan peminat.

Tidak seperti AF sebelumnya, lagu baru hanya diberikan kepada pelajar yang berjaya diperingkat akhir sahaja. Tidak bagi AF8. Pihak Astro juga bijak mengambil peluang bekerjasama dengan produksi KRU. Setiap lagu yang diberikan, mat puisi rasa datang dari arkib KRU. Malahan video klip juga diarahkan oleh pihak KRU. --mungkin-- Kalian sudah sedia maklum bahawa lagu KRU amat sedap didengar dan mudah menangkap minat remaja.

Shahir - Kebahagiaan dalam Perpisahan

Adira - Ku Ada Kamu

Daus - Kenapa

Maulana - RSVP

Iwan - VIP

Ain - Penanggung Sepi

Farina - Hujung Minggu

Nad - Aku Sudah Merdeka

Aliff - Bangun Semula

Anum - Berakhir Sebelum Bermula

Ema - Hati-Hati

Shah - Bernafas Lagi


Ketiga - Busana dan Tatarias

Tahniah kepada Jasmi Rejab, para penaja, dan pihak produksi yang terlibat dalam memilih busana dan tatarias yang sangat-sangat menawan dan cantik. Semuanya lengkap daripada rambut, solekan, baju, dan kasut.

Apa yang buat mat puisi cukup cemburu apabila pelajar lelaki dipakaikan busana yang cukup menyerlah. Terutamanya bab-bab jacket. Mat puisi memang gilakan jacket. Kalau jumpa yang berkenan di hati, pasti terus beli. Malangnya, kebanyakan jacket yang cantik tiada saiz yang bersesuaian --cutting mat puisi bukanlah cantik sangat-- dan masalah kewangan yang membuatkan mat puisi menyimpan hasrat untuk membeli-belah. Berikut adalah busana dan tatarias pelajar yang cukup menyerlah..!

ini adalah busana-busana yang mat puisi minat daripada pelajar-pelajar AF8. penat tu nak cari. fuhh...


**credit kepada astro dan AF atas gambar-gambar yang cantik ini. ;) **
**mat puisi lebih suka busana yang diberikan kepada maulana. sangat cantik dan kemas**

Keempat - Pengkritik

Dengan hadirnya Adlin Aman Ramli dan Haji Aznil Haji Nawawi sebagai pengkritik tetap benar-benar menggamit suasana. Adlin selalu memberikan kritikan dan komen yang panjang lebar. Setiap lontaran yang diberi, bernas dan jujur. **datang dari hati katanya**

Aznil juga turut membantu dalam menaikkan semangat para pelajar dan membantu memecahkan suasana konsert.

Itu sahajalah yang membuatkan AF8 ini cukup menarik.



~    ~    ~    ~    ~    ~

Namun, terdapat beberapa kelemahan yang mat puisi rasa sedikit sebanyak mencacatkan mutu AF8 ini.

Bukan menjadi pahat yang berbunyi selepas rumah siap dibina, tetapi hanyalah berkongsi pendapat dan mat puisi tidak menyalahkan mana-mana pihak. Jika pembetulan perlu diambil, memang patutlah. Jika tidak ambil pun, mat puisi tetap akan menjadi peminat setia Akademi Fantasia.

Pertama - Pengacara

Mat puisi tak berapa nak berkenan dengan pengacara musim ini. Rasanya, hanya Sarimah Ibrahim sahaja yang berupaya  menggamitkan setiap konsert dan menarik minat untuk ditonton dengan teletah dan kerenah spontan beliau.

Tidak bagi Jimmy Shanley. Memang ada lawak yang menjadi, tetapi beliau tidak pandai untuk mengawal situasi. Ada suatu ketika, Adlin Aman Ramli pernah mencuka dengan beliau disebabkan beliau terlalu mendesak Adlin untuk berhenti mengkritik. Mat puisi dengar pun macam mengganggu sahaja. Mungkin kesuntukan masa.

Tetapi ada cara untuk menyekat kritikan panjang lebar para pengkritik. Perlu belajar dengan pengacara nombor satu negara. Mungkin Jimmy masih baru dalam AF ini, diharap dapat memperbaiki diri menjadi pengacara yang disegani. **suka beliau mengacarakan Trek Selebriti sahaja**


Kedua - Durasi Masa

Konsert biasa - satu jam setengah. Bagi mat puisi amat mencukupi kerana tidak perlu berceloteh panjang dan menambahkan babak-babak membosankan dan menjengkelkan seperti musim-musim yang lepas.

Tetapi, apa yang buat mat puisi tak puas hati, ketika konsert akhir, durasi yang diambil hanyalah dua jam. Bagi mat puisi, terlalu singkat. Mungkin terdapat komen dan teguran daripada pelanggan Astro yang mengatakan musim-musim sudah terlalu lama durasinya. Sampaikan lebih dari 4 jam semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 5 (AF5) berlangsung.

Mungkin dua jam itu cukup kiraannya. Namun, setelah diperhatikan semasa Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 pada 22 Mei 2010 yang lalu,  dua jam itu tidak cukup. Sampaikan konsert tersebut overrun. Sehinggakan Jimmy Shanley terpaksa memotong ucapan sang juara, Shahir dek kesuntukan masa.

~    ~    ~    ~    ~    ~

Sekian sahaja komen mat puisi. Memang benar kita tidak mampu untuk memuaskan kehendak setiap orang. Namun, mat puisi percaya pasti ada yang setuju dengan mat puisi. 

Bukan mat puisi perasan pandai atau hebat, tetapi mat puisi terlalu sayangkan Akademi Fantasia ini. Setiap konsert bermula dari AF2 hingga AF8, mat puisi amati perkembangannya. Tidak keruan hidup mat puisi andainya Akademi Fantasia ini dihentikan penyiarannya. ;) 

* * biasan kaca hati * * (puisi 9) - Selamat Hari Ibu -


Mungkin sedikit lambat untuk menyambutnya, tetapi yang pasti hari-hari yang mendatang adalah penting untuk insan bergelar Ibu.

Saat mataku terpejam

Sudah ku siapkan istana

Dihiasi sinaran Batu Hitam

Hamparan Putih salju pelaminmu

Ditabur wangi Haruman Kemboja

Bersama Cerucuk Emas

Bumbung Besi sebagai pelindungmu

Dan Air Mawar untukmu bersemayam

Itu harapan anakmu seandainya Tuhan lebih menyayangimu. InsyaAllah

Kau VIP di hatiku

Tertarik dengan lagu yang telah diberikan kepada Iwan AF8, tak pernah terlintas untuk menggunakan VIP dalam meluahkan rasa cinta dan sayang kepada seseorang.


Tiba-tiba terlintas untuk menghantar mesej kepada seorang insan yang betakhta dan Very Important Person dalam hidup mat puisi.




Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diriku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersamamu

Chorus
Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cintamu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Oh oh oh oh
Kau VIP di hatiku


Mungkin ku tak arif mempamerkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar caraku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersamamu

Ulang Chorus
Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku
Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku
Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku

Ulang Chorus


terima kasih kepada 1liriklagu.com

Nanti bolehlah kalian letakkan VIP untuk menyampaikan hasrat untuk insan yang kalian sayang. ;)
p/s::sekarang ini sedang syok melayan lagu-lagu baru daripada pelajar AF8. Semuanya enak dan sedap didengar.

Tahulah kampung. Mana signal.?!


Kadang-kadang mat puisi geram dengan segelintir pemandu berjentera roda lebih dari dua di Negara Malaysia ini. Tak tahulah bagaimana keadaan di negera luar, tetapi sikap mereka ini sudah melampau.!
Senang sahaja. Nak belok kiri, pasanglah signal kiri. Nak belok kanan, pasanglah signal kanan. Kalau nak mati, tak payah pasang signal.! Tetapi semuanya nak hidup lagi. adei...
Sikap pemandu di Bandar dan di kampung berlainan sekali. Jika di Bandar, jarang sekali mat puisi nampak pemandu yang tidak memasangkan signal ketika ingin membelok. Majoriti mereka mematuhi peraturan (dalam memasang signal sahaja). Cuma kadang-kala selalu nampak kekwat pemandu teksi sahaja.!
Namun, sebaliknya di kampung. Dalam cuti semester ini, memang ketenangan dalam memandu yang di cari. Malangnya, dalam perjalanan nak keluar dari kampung nak pergi Bandar tu, mesti jumpa dengan pemandu kenderaan yang tidak tahu apa erti signal.
Sewenang-wenangnya belok ke kiri dan ke kanan tanpa memasang signal. Tidak hiraukan pemandu yang lain di belakang. Mat puisi kadangkala terpaksa brek mengejut akibat si dungu ini. Tahulah tak ada polis di sini, tak seperti di Bandar, tetapi keselamatan pengguna jalan kampung kenalah diberi keutamaan.
Kalau motosikal tak pandai memberi signal tu tak mengapalah. Kadangkala kenderaan mereka ini buruk. Lampu rosak. Paling tidak pun, terdapat sebilangan mereka yang tiada lesen dan tidak tahu undang-undang. Tidak mengapalah. Ada juga mereka yang tua dan masih budak sekolah lagi. Boleh dimaafkan.
Tetapi, masalahnya ialah kalangan pemandu kereta, lori, dan bas ini 2X5 juga. Tak pandai nak bagi signal belok. Takkanlah mereka tiada lesen. Mustahil. Mesti mereka dalam lingkungan kebenaran JPJ yang layak untuk memandu. Lagi pula, pemandu ini seperti mat puisi. Seorang anak perantauan dari kampung yang bermastautin di negeri orang dan pengguna tetap jalan raya besar. Pasti sudah lali dengan undang-undang.
Mungkin mereka penat nak bagi signal..???. mungkin juga mentol
kenderaan mereka terbakar..???. atau juga mereka ini memang 
dungu..!!!.
Mat puisi berpesan kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya mahupun jalan kampung, janganlah malas nak bagi signal belok ke kiri dan ke kanan, kerana tindakan dungu kalian akan membawa padah kepada pengguna jalan yang lain.
Kalau nak bawak laju melebihi had laju pun tak mengapalah, kalau mati masuk gaung, salah sendiri. Hahaha..
 Ini bukan kampung mat puisi tau. ini gambar dari atok google.

Tukang cleaner kekwat


Dalam perancangan awal,  mat puisi malas nak temankan kakak menunggu perbicaraan kerana tak suka menunggu lebih-lebih lagi berpeluk tubuh. Tambahan, peguam kata tidak perlu saksi. Jadi, mat puisi biar beliau yang uruskan seorang diri. :D
Tiba-tiba rindukan Encik Kentucky. Nasib baik ada kfc di Bandar ni. Tak macam Kuala Nerang, tempat mat puisi belajar di peringkat matrikulasi, satu restoran berhawa dingin pun tiada. Inikan pula kfc. Mati kutu mat puisi di sana selama setahun. Hahaha...
Dalam jam 9, satu set breakfast (nasi lemak + ayam goreng black pepper) telah dibeli dan mat puisi letak di atas meja dengan tergesa-gesa.
Entah apa punya usus, tak makan di ajar, tiba-tiba memulas mencari tandas. Perut dah tak sabar nak menyantap + melahap makanan itu.
Bergegas mencari tandas di tingkat dua. Adalah satu mak cik ini sedang mop lantai.
‘’Adik nak pergi mana?’’, terjah mak cik itu.


‘’Nak pergi tandas, mak cik’’, balas mat puisi.
Pelik. Nak pergi tandas pun nak tanya-tanya?. Tidak mengapalah, mungkin beliau prihatin. ;)
Seperti biasa, mat puisi menunaikan tanggung jawab yang belum tertunai. habis basah selipar mat puisi terkena tempias air yang kuat. Lagi pula, memang mat puisi akan cuci betul-betul kaki ni selepas masuk tandas.
Keluar dari tandas. Mak cik itu ada lagi berhampiran tandas tersebut. Mat puisi pun keluarlah dari tandas itu dengan kadar yang sopan.
‘’habis basah lantai ni. Haih..’’, terjah mak cik tu lagi.
Dengan nada terkejut, mat puisi pun meminta maaf. Dalam hati ini, nak je balas, ‘’dah baru keluar dari tandas, memang la selipar ni basah..!’’
Bayangkanlah, tugas dia adalah mengemop lantai dan membersihkan sekitar kfc tu. Jadi, kenalah faham. Orang baru keluar tandas, mestilah basah. Bukannya mat puisi buang air bersepah-sepah. Tidak perlulah nak marah-marah.
Mat puisi faham dia baru selesai mengemop lantai tersebut. Oleh itu, kenalah faham kalau ada kotor-kotor. dah kawasan lalu lalang manusia dan kawasan tandas. Sudah pastilah ada kotor-kotor.
Takkanlah mat puisi nak jemur selipar tu sampai kering baru boleh keluar. Bukannya ada kotor-kotor tanah pun. Hanya air. Kalau tak nak lap semula pun, biar sahaja dah boleh kering.
Kekwat punya mak cik.
p/s::> maaf terngumpat mak cik. Hahaha

Penantian 6 jam. Terseksa.!


Maaf kerana telah beberapa hari mat puisi meninggalkan blog kesayangan ini. Biasalah. Cuti-cuti di kampung. Mana ada wifi percuma.. huhuhu.. ini pun gagahkan juga pergi ke CC berhampiran kampung sebelah.
Hari ini (ketika itu pada Selasa, 18 Mei 2010) perlu menemani kakak sulong ke mahkamah rendah syariah di bandar kota tinggi. Pasti penantian yang membosankan. Sudah pasti.!
Bangun seawal jam 7.30 pagi, sudah pasti mata mat puisi terasa berat untuk dibuka. Selalu bangun jam 10. Huhuhu. Segala yang harus telah ditunaikan dan yang wajib wajib dilaksanakan. 

Berikut merupakan tentative membosankan..! ::>
7.45 am :: bertolak dari rumah ke Bandar.
8.30 am :: sampai ke mahkamah (cuba untuk melengahkan masa)
9.45 am :: ronda-ronda kota tinggi. (sesat sebenarnya)
9.00 am :: mencari tempat sarapan pagi (kfc paling mudah)
10.00 am :: ronda-ronda lagi. (tak tahu nak pergi mana sebab tiada apa yang menarik)
10.30 am :: tersadai di Bangunan Sultan Iskandar (nak tidur)
12.45 pm :: bangun dari tidur dan melawat kakak. Dengan harapan perbicaraan sudah selesai.
1.00 pm :: perbicaraan berehat seketika untuk solat zohor. (arghh,, semakin tensyen..!)
1.10 pm :: mencari gerai makan dan makanlah.
1.30 pm :: ronda-ronda seisi kedua..!
2.00 pm :: hantar kakak semula ke mahkamah. (harapan::cepat habis.!)
2.15 pm :: pergi ke kfc lagi untuk lunch kali kedua. (harapan::ada wifi)
2.30 pm :: tiada wifi dan tersadai di kfc kota tinggi tingkat dua.
3.30 pm :: kakak siap perbicaraan. Akan ditangguh pada 1 Julai 2010.
4.15 pm :: sampai ke rumah.

Sekian perjalanan yang sangat menjerihkan. Panas, bahang, dan meruap kulit kumis mat puisi. Cuaca sangat-sangat menduga kemarahan mat puisi. Tetapi, hari tersebut berjaya dilalui dengan kesabaran.

Sisi menarik Datuk Rahim Razali

D alam jari hitam ini sibuk menekan butang alat kawalan jauh mencari siaran rancangan Astro yang menarik, tiba-tiba tertekan 801, Astro Arena. Menarik. Siaran baru.

Kaca tv sedang memaparkan siaran langsung pertandingan Piala Thomas, perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan China. Biasanya, mat puisi akan menonton TV1 kerana gemar mendengar celoteh bernas otai pengacara Malaysia, Haji Hasbullah Awang.

Namun, hati mat puisi terpaku apabila tedengar sayup-sayup suara jantan yang biasa mat puisi lihat dalam wayang gambar. Terutamanya, filem Cinta. Telinga ini cuba dipasang dengan betul. Teliti. Cuba memastikan siapa gerangan yang memiliki suara jantan tersebut.

Nah, maka jelaslah tertera nama Datuk Rahim Razali di kaca tv tersebut. beliau sedang mengulas perlawanan yang rancak-tiada-harapan itu. Sudah tahu keptutusannya. Tetapi mata dan telinga tidak berganjak dari kaca tv tersebut. Bukan ingin melihat perlawanan, tetapi ingin mendengar celoteh menarik beliau. Ternyata telinga ini terkesima. Mata kurang terpukau.

Mat puisi betul-betul terkejut apabila pelakon yang paling mat puisi kagumi ini benar-benar sedang mengulas untuk perlawanan tersebut. Keletah beliau mengulas setiap gerak pemain dan geri penyokong amat-amat memukau. Tidak setanding Haji Hasbullah Awang, tetapi butir-butir yang keluar dari mulut beliau amat mempersonakan. Dengan suara jantan dan garau semasa menyaksikan beliau berlakon nyata berjaya mencairkan hati mat puisi.

Mat puisi bukan apa. Beliau merupakan seorang pelakon veteran yang amat mat puisi minati. Masih meniti di minda mat puisi ketika beliau berlakon dalam filem yang pernah memenangi Skrip Terbaik Festival Filem Malaysia yang ke-2 (1981), iaitu filem ABANG. Memegang watak hero dalam filem tersebut, ternyata bakat muda beliau juga telah membawa beliau dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik. lakonan beliau sangat-sangat menyerlah. Kalian patut tonton.! :)

Tentu juga kalian amat mengingati filem Cinta.
‘’cinta itu bukan hak milik. Tetapi, anugerah’’

Penyampaian yang penuh dengan jiwa dan rasa. Menitis air mata ini ketika beliau ucap kata-kata beharga tersebut.

 Berbalik kepada cerita asal.

 Bayangkan, jiwa dan rasa yang beliau lakonkan di layar perak, beliau bawa dalam bidang pengacaraan. Mungkin hanya sebagai juru ulas, tetapi nukilan kata yang dihasilkan mampu menderap jiwa hati mat puisi ketika menyaksikan pertandingan tersebut.

Setiap strok dan service yang dihasilkan oleh pelawan Malaysia mahupun China, beliau ulas dengan cara yang tersendiri.  Menarik. Mungkin kalian patut dengar sendiri jika beliau turut mengulas mana-mana pertandingan yang akan datang di Astro Awani. Kalian juga akan kagum.

Mat puisi lahir selepas beliau menjalani kehidupan dewasanya. Siapa tahu bahawa beliau sebenarnya pernah menjadi juru ulas mahupun dj radio pada masa-masa lampau. Jika ada, mat puisi tidak hairan. Jika tiada, maka benarlah sisi baru yang beliau ceburi ini amat-amat menjadikan mat puisi betul-betul percaya bahawa beliaulah salah seorang ikon yang mat puisi kagumi. Mungkin, paling kagumi.

Kepada Datuk Rahim Razali, mungkin datuk tidak akan membaca kata-kata picisan saya ini, atau juga mungkin datuk tidak akan perasan bahawa entry ini wujud ;). Tetapi, ingin saya nyatakan bahawa datuklah yang benar-benar menjadikan saya untuk terus bermadah dan meluahkan kata-kata azimat dan hemat dalam kolum hidup saya.

Terima kasih datuk.

Syabas diucapkan kepada Astro Awani kerana melantik datuk rahim razali menjadi juru ulas bagi pertandingan piala Thomas yang lepas. Pasti mat puisi akan terus memasang telinga ini untuk mendengar lagi jika-jika ada lagi suara DATUK RAHIM RAZALI.


Puduraya sedang dinaiktaraf. apa jadi?

emua sedia maklum bahawa stesen puduraya yang menjadi tempat pulang dan datang masyarakat serantau telah ditutup april lepas. untuk sementara waktu, pihak kerajaan memilih Stadium Bukit Jalil sebagai stesyen bas dan teksi sementara bagi membolehkan pihak yang terlibat mengerah tenaga dan usaha memperbaiki dan menaiktaraf puduraya tersebut.

cantikkah nanti?.. tunggu....

melihatkan perubahan lokasi tersebut, ramai masyarakat yang terkial-kial mencari di manakah letaknya stadium tersebut. hinggakan mat puisi sendiri, terlalu risau untuk ke stadium itu. takut sesat. biasalah. baru setahun di sini. belum puas ronda-ronda kuala lumpur.

namun, mat puisi, abg faizul , syawal the gemuks , dan ebi gagahkan juga mencari Stadium tersebut kerana mereka ingin membeli tiket untuk pulang ke kampung masing-masing. mat puisi pun bersemangat mencari stadium tersebut. dah mat puisi yang memandu. ;)

Tuhan membantu kami. dapat juga sampai ke stadium tersebut dengan selamat. sesampai sahaja, mat puisi terpegun dengan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan tempat pengganti yang betul-betul selesa kepada masyarakat.

selesa bukan bermaksud ada penghawa dingin di sana sini, atau minuman percuma, tetapi penyediaan kawasan parking, ruangan kaunter tiket, tempat menunggu, gerai dan maklumat perjalanan destinasi seluruh Malaysia sangat memuaskan. kiranya, lebih baik daripada stesen puduraya yang penuh dengan kesesakan dan kelemasan.

gambar membuktikan segalanya.
kawasan parking yang agak selesa. bayaran :: RM2 
tidak terlalu sesak dan berhimpit

pelan lokasi yang lengkap. menunjukkan platform untuk menaiki bas

ruangan teksi dan bas

 kaunter tiket berada di dalam khemah besar. 
ruang menunggu di luar.

ruang dalam kaunter tiket. besar dan selesa. tidak terlalu sesak seperti di puduraya

kaunter yang lebih mesra rakyat. kalau tak puas hati, senang je nak tampar org di kaunter tu. hahaha


rakan-rakan mat puisi sedang berbincang untuk membeli tiket

senang kata, kerajaan amat mengambil serius dalam memastikan perpindahan tempat sementara ini berjalan lancar. cuma yang membuat mat puisi risau, pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan bas dan pegawai pembantu (bukan ulat tiket) yang menguruskan destinasi platform untuk penumpang terlalu kasar dan kurang profesional dalam menjalankan tugas.

bukan apa, mat puisi telah ditegur oleh pegawai tersebut bertanyakan ke mana destinasi yang ingin dituju, mat puisi kata, hanya mengikut kawan sahaja. tetapi pegawai ini tetap degil mengajukan pelbagai soalan. mat puisi hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. 

ya, tugas anda memang baik. membantu. tetapi haruslah faham bahawa jika kita katakan tidak, janganlah terus menujah kita. bukan belagak sombong. tetapi sudah dibilang awal-awal, hanya menemani. bukan mahu membeli tiket. jadi, tanggungjawab anda tamat di situ. tidak perlu mengikut belakang lagi.

walaubagaimanapun, tugas anda amat mulia. membantu masyarakat yang terkeliru di tempat baru. kami orang malaysia, tahu arah tujuan kami. harap boleh berikan tumpuan kepada pelancong asing yang jelas tidak tahu apa-apa. nampak seperti tersesat. menolong mereka lebih baik. ;)

sedang menunggu perubahan puduraya baru..! empat bulan lagi.