Pages

wow..! rupa-rupanya aku kerja part time la selama ni..


D ari dulu cakap dengan mak, nak kerja lepas abis spm n matrikulasi, tapi mak mat puisi ckp, buat apa adik. adik duduk rumah je, abah dah bagi dua tiga ratus dlm dua minggu. cukup la tu. --pujuk mak-- pandai pujuk betul mak ni. ok, adik mengalah. :)

tapi kan mak, sebenarnya, anak mak ni da pandai cari duit sendiri. dri dulu lagi. just bukan kerja tanpa gaji tapi duit tu adalah hak kami kerana kami lah boss nye. huhuhu.

~~~~kenangan~~~~

kisahnya berlaku semasa di matrik. mat puisi, siti fitryah, faizah petom, dan masni mengajak mat puisi utk menceburi bidang ini. mula-mula rasa keberatan. betul.! tapi, lama-lama, kami mulakan dengan modal yang sangat2 kecil. RM30 seorang. itu pun mereka yang bayarkan utk mat puisi. huhuhu. untung nye jgn cakaplah. kalau dikompaunkan, adalah mencecah RM1500 seorang. hello.. itu dah kira besar ok bagi kanak-kanak yang duduk di dalam tempurung kelapa di KMKN tu.


Ni la CEO KUPANG ENTERPRISE (nama syarikat kami) [termasuk mat puisi tau]

*dari atas, - masni, petom dan fyt-*

nak tau mat puisi kerja apa?.. hmm.. senang je. peniaga pasar malam dan penjual nasi lemak. ok. cerita nasi lemak dulu. sangat-sangat best.!. untuk pengetahuan, tiada modal dikeluarkan tau. mcm ni, kami just tolong jualkan nasi lemak yang keluarga siti fitryah tu buat. mereka hanya ambil cost sebanyak 80 sen utk sebiji nasi lemak. ~~mat puisi panggil biji sebab nasi lemak kedah macam buah epal~~ so, kami hanya ambil 20 sen dari harga nasi lemak yang kami jual. sebiji nasi lemak = RM1.00. murah kan.. mesti kalian tertanya-tanya, berbaloi dan untung ke?.. MESTILAH!.. kat KMKN tu, ada lebih kurang 1000 pelajar. dah la jual pagi2 hari jumaat dan sabtu, (hari cuti kedah), so, perut tu memanglah lapar giler.. so, kami jual nasi lemak tu anggaran dalam 400 bungkus. jadi, kira punya kira, untung dapat RM80. memang sikit. tapi cube korang darab (10 bulan x 4 minggu) disepanjang kami memerap di KMKN. kiralah sendiri..

~~sangat berbaloi bagi pelajar yang selalu dapat makan free kat KMKN tu..;)~~

pagi-pagi, mat puisi la yang membanting tulang empat kerat ni pergi gagahi mengetuk setiap bilik yang ada, mcm peminta sedekah.. ;). suka buat2 muka kesian, mintak kawan2 beli nasi lemak.. kadang-kadang tu, malas nak jalan ke setiap bilik, duduk je kat aras, mesti ada orang yang akan berlari-lari dengan boxer ''awww'' nye, pergi mendapatkan nasi lemak yang mat puisi jual. sangat membanggakan ok..!

sampaikan satu masa, mereka panggil, **amri bahruji mat puisi nasi lemak..!..**

panjang giler kan nama tu. huhuhu.

perniagaan kedua iaitu pasar malam. cerita ni agak tidak memberangsangkan la bagi mat puisi sebab sgt penat tau. hasil nye pun x la besar sgt mcm jual nasi lemak. --ringkasan je tau-- kami jual pisang goreng, cendawan goreng, keropok lekor, kentang goreng, sosej, dan nugget. kirenye, mcm2 la kami jual.. ;). untung, berdasarkan kiraan, adalah dalam RM1000.. ok la kan.. bahagi 4, dpt la sorang rm250.. byk tu.. siap bole shopping kat padang besar lagi.. wakakaa...

~~kali ni melalut mat puisi sgt jauh doe~~

wow..! rupa-rupanya aku kerja part time la selama ni..

.terima kasih kepada Nasyrah Aziz kerana menjadikan mat puisi pekerja di bawah majikannya.

S elain part time kat matrik dulu, mat puisi ada juga kerja2 part time. tetapi, mat puisi x tahu sebenarnya ni kerja part time sbb mat puisi rasa nak tolong orang. sebab kawan mat puisi iaitu naysrah aziz minta tolong utk hantar dan ambil dia utk dia pergi kerja. dia menjadi guru tuisyen di salah sebuah institusi kekeluargaan betul-betul di hadapan KK9 ni. dekat je. duit minyak pn x sampai 50 sen.. hahaha.. org kata, demi kawan, tolong tetap tolong. satu tanggungjawab.!

mat puisi bukan apa, rasa terharu sgt, di saat terdesak memerlukan duit ni, mat puisi rase RM40 yang mat puisi dapat sgt2 berharga. boleh la makan tanpa pinjam n meminta simpati kawan-kawan utk belanja.. sobs3.. betul. REALITI..! dah 5 hari makan atas simpati kawan-kawan.

**terima kasih kawan-kawan kerana sentiasa ada di sisi mat puisi. sayang kalian**



ni la duit y kawan mat puisi bagi tu. akan diguna dengan sebaik mungkin. ;)

so, tahukah anda, secara tidak langsung mat puisi telah memulakan kerjaya sebagai penghantar manusia dalam tempoh terdekat ini. mana tidaknya, hantar kawan-kawan pergi balik kampung (sampai ke stesen u je), temankan makan, beli topup, withdraw duit, dan macam2 lagi. bukan apa, ni semua adalah pelaburan untuk masa hadapan.

==kita buat baik sekarang, bila kita susah nanti, kita carilah mereka==

tapi ada juga kawan yang buat2 x tau bila kita susah. xpe la. mungkin sebilangan mereka masih belum sedar akan kebaikan mat puisi. mat puisi langsung tidak hairan. ;)

hmm.. post ni bertujuan untuk memberitahu bahawa mat puisi sebenarnya sudah pandai berdikari mencari wang sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang. tapi kalau dah terdesak tu, kenalah cari juga mereka yang menyayangi diri ini..;).. selalu orang pandang rendah kat mat puisi sebab mereka sangka mat puisi ni mcm budak-budak, x matang, dan ngade-ngade. biarlah apa mereka nak kata, mereka akan tahu mcm mana mat puisi sekiranya mereka betul-betul memahami mat puisi. ;)

sekian idea minda pada petang ini. salam.. ;).

10 comments:

saiful al ieman said...

x penah lak aku jumpa nasik lemak kat kmkn^^

Putera DedeQ said...

aku suka nasi lemak tuh....!!!

Norfa Lyana said...

hehehe....aku jrg mkn nasi lmak..jimat..hahah...

Anonymous said...

haha..time aku nak beli je dah hbs..kdg2 je dapat makan...kira nasi lemak 2 top la gak.hahaa....
jual la kat kk9 lak..haha

Anonymous said...

amri..hntr aq balik muar naik kbg tu..
mls r beli tiket..

Amri Bahruji matPuisi said...

saiful al ieman::> bdk kmkn ke?.. kmkn mmg xde nasi lemak.. sbb aku import dri ovrc.. wakkaaa...

dedeq::> ko la pelanggan tetap aku.. sayang ko..!!..huhuhu

ana::> murah je la.. rm1 je.. huhuhu

ntah1::> hahaha... x kuase aku nak jual kat kk9.. malas.. hua3..

ntah2::> ko ingt kbg aku tu kapal terbang.. bole terbang mcm tu je.. wakkakaa

saiful al ieman said...

aáh..ex kmkn..tapi kejap je kat sana..dua bulan jer^^

Amri Bahruji matPuisi said...

batch 08/09 gak ke?.. science student?

faizah said...

nasik lemak kita da best...tingin nk mkan nsik lmak mak fit lagi..huhuhuhuhu

Amri Bahruji matPuisi said...

petom::> hhaha.. rindu kenangan tu... kekadang, bile korang x abis jual, msti suruh aku sambung kan...penat tau... huhuhu