Pages

sahabat. kaulah segalanya.!

tadi mat puisi ada telefon seseorang insan. memang selalu telefon dia ni. kalau dia ada masalah, mesti telefon. kadang-kadang tu, kalau dia tak ada masalah, mat puisi telefon jugak. sebab sayang sangat kat dia ni. kalau nak tunggu dia yang telefon, jangan harap.!.. pemalas.!

apa yang buat mat puisi ambil berat sgt dekat dia ni?..

~~~~~~

kisahnya berlaku ketika mat puisi berada di alam matrik. mula-mula kami hanyalah seorang kawan sahaja. tetapi segalanya berubah apabila mat puisi berjanji ingin membantu dia untuk meningkatkan pointer yang merudum ketika di semester satu.

janji itu wajib ditunaikan..!

mat puisi memang tak boleh lihat kawan-kawan termenung keseorangan. mesti nak tolong. jadi, mat puisi la yang sentiasa membantu dia. baik dari segi pelajaran, mahu pun kekuatan jiwa. kalau dari segi pelajaran, sebut sahaja subjek apa, semua mat puisi mampu tolong.
  • matametik?.. mat puisi paling minat.
  • ekonomi?.. mat puisi rajin gila buat homework ni. notes sendiri, memang penuh satu buku.
  • perakaunan?.. seriously, sangat senang. lain gila dgn akaun masa ijazah ni.
  • prinsip perniagaan?..so-so je. sbb memang tak suka hafal. byk sgt benda merepek..;)..
jadi, mat puisi dapatlah membantu si dia ni walaupun kadangkala pernah putus asa sebab dia ni,

1. degil. tak pernah dengar cakap mat puisi. kalau mat puisi suruh dia buat homework, mesti dia tak buat.

2. selalu melayang-layang kalau belajar. contohnya mcm ni, kalau tgh nak study sama2, mesti dia akan setting ntah hape2 kat laptop die, pergi bilik kawan, ngantuk la, main psp, kemas baju, dan macam-macam lagi

3. kalau ajar tu, tak tahu la dia faham ke tak. muka dia mcm faham, tapi kalau tanya balik, kadang-kadang dpt jawab, kadang-kadang tak dpt. tapi dia memang faham kalau mat puisi yang ajar.

4. dia tak pernah nak menghargai apa yang mat puisi buat. mcm2 mat puisi buat utk dia. dia tetap dgn muka seposen dia. mat puisi bukan apa, mat puisi tak mengharapkan balasan, tapi mat puisi just nak sgt dia cakap TERIMA KASIH kat mat puisi. ;)..

mcm tu la perangai dia ni. penat mat puisi marah. sampai mat puisi mencarut kat dia. terkejut dia. padan muka dia. hahaha.. pernah tu 1 minggu mat puisi tak jumpa dia langsung. sampai org selalu tanya, kembar kau mana?.. mat puisi jawab, da mati.. hahaha..

yelah.. mana tak nya, ada 1 hari tu, dah nak dekat2 exam, dia sibuk plak main psp. mat puisi ajar, dia buat2 tak tahu je. habis mengamuk hari tu. sepanjang study week, mat puisi tak tegur dia langsung. memang rasa bersalah dan berdosa. INI SEMUA SEBAB JANJI..!. nasib baik mat puisi dah sampaikan banyak ilmu dan amanat sebelum hari pergaduhan tu. so, kiranya, ilmu di dada dia tu banyak la juga. nasib baik kawan-kawan dia tolong.

hmm... hari exam. kami berbaik semula. dia yang pergi sendiri di meja mat puisi. mat puisi memang dah keraskan azam tak nak lagi tengok muka dia. tapi, dalam hati, sayang dan rasa bersalah tu tetap tinggi. dia yang minta maaf kat mat puisi. dia tahu bahawa dia bersalah sebab mat puisi sendiri yang bagi tahu seorang kawan kuliah dia yang mat puisi betul-betul marah dekat dia. then, dia minta maaf.

apabila mat puisi tanya sebab dia tak cari mat puisi langsung sepanjang satu minggu tu, nak tahu dia cakap apa?..

''la... aku tak nak la kacau kau. kan dah nak exam. kau mesti nak study'',
jelas dia dalam keadaan yang tidak bersalah.

otak dia. aku senyap ni sebab kau. sebab kau. aku tetap dengan janji aku. wajib aku tunaikan. tapi kau..........

takpe lah.. benda dah berlaku.

hey.,, exam sem 2 kat KMKN tu pun da habis. nak dijadikan cerita, pointer dia naik dgn mendadak. berapa ntah dia dapat.. da lupe. tapi sgt2 mendadak ok.!. nak bercerita lagi, buat sekian kalinya, dia ckp TERIMA KASIH kat aku..!. rasa terharu sgt hati aku. sumpah..!.. lebih-lebih lagi mama dia telefon aku, dia ucapkan terima kasih sbb sanggup tolong ajar si dia ni dan bersabar dgn perangai dan kerenah dia ni..

tettt..!!.. minta maaf mak cik. sebenarnya, dah banyak kali hilang sabar dgn dia ni. huhuhu.. sama-sama mak cik..

~~~~kehidupan berlalu. kami masuk u masing-masing~~~~

takdir tidak membenarkan kami bersama-sama masuk u yang sama.. huhuhu

nak tahu apa yang si dia ni cakap dgn mat puisi?..

'' amri, aku tak jumpa la kawan yang mcm kau. kawan yang dpt bantu aku study dan bimbing aku. tak jumpa kat sini''

dan nak tahu apa mat puisi ckp?..

''padan muka kau. kan aku dah sumpah kat kau yang kau tak akan jumpa kawan yang sebaik aku masa kat u nanti sbb aku adalah aku. aku lain dari org lain'', jelas mat puisi.,

**dari lidah, memang gembira, dari hati, sebenarnya mat puisi menangis terharu.**

sahabat, nak tahu tak sebab apa saya sayang sangat kat awak,

sebab saya senang bersama dgn awak dan awak dapat terima seadanya saya. segala rahsia kita, kita simpan buat selama-lamanya k. ;)

p/s:: mat puisi akui bahawa sahabat mat puisi ni sebenarnya seorang lelaki. ramai kawan-kawan mat puisi dah tahu pun. cuma mat puisi tak pernah paparkan kepada public. :).

hello.. tak salah sayang-menyayangi sesama lelaki ok..!!

kalau kalian nak tahu sapa insan itu, bukalah FB mat puisi. huhuhu.. sorry,. x bole nak letak gambar dia di sini. bahayeeeee....... (kata Iwan, AF8)

tata..;)

updated :: atas permintaan ramai, :) biar mat puisi beritahu sahaja siapa dia. tapi berdasarkan gambar. ;) nama?.. teka sendiri.


0 comments: