Pages

makan.. makan.. makan.. eh.. polis..!!

dalam perjalanan bersama dua mentibang laut bersama kambing-kambing bandar, menyimpan hajat untuk menyantap jamuan dirimba tiba-tiba............

E h..eh.. silap dialog la pule mat puisi ni. ingat kisah anak aladin bersama gembala kambingnya ke.. hahaha.. bukan la.. sebenarnya, mat puisi bercadang nak pergi makan kat restoran murni, SS2, bersama kawan di UM, sidi dan kawan mat puisi masa kat KMKN, sai. tibe2 la pula kan c sai ni ada akak kandung dia yang bernama akak kepada sai. (x tahu nama sebenarnya..hahaha) kami pergi menaiki dua moto kapcai. ok la tu kan..

mat puisi ingat, sebelum pukul 12 malam ni, tiadalah roadblock dari pihak polis disepanjang jalan dari KK9 ke seksyen 14. so, dgn beraninya, mat puisi lalu je jalan tu..

alamak..!!.. tiba-tiba kelipan lampu biru menyilaui mata kami. Oh My Allah, ada roadblock. terketar-ketar lutut mat puisi apabila kami disentak untuk memberhentikan kenderaan kami ke tepi. biasalah, mat motor seperti mat puisi ni mesti kena tahan.

''der, kami bukan mat rempit der. memang kami mat motor, tapi dalam hati, ada taman der'' lebih kurang la petikan Sam dalam Adnan Sempit. x betul kot. miahahaha..

ic, lesen, dan roadtax mat puisi keluarkan. sai dan kakaknya, dah lama lepas. mereka tunggu di hadapan. tergamam lihat kebengisan polis tu. tertera nama di seragam birunya, AMRIE. eh, samalah nama kita..! handsome plak tu. ehem3.. org yang bernama AMRI memang mcm ni ea.?.. :D

berbalik kepada kisah menyayat jantung.! memang sgt2 takut pada masa tu sebab utk pengetahuan, lesen mat puisi dah lama mati. 'P' tak tukar-tukar lagi. dalam fikiran, sibuk mencari alasan mcm mana nak ckp dekat encik amrie tu. :)

lepas tu, dia terjah, ''eh, lesen kamu da mati ni. kenapa tak tukar-tukar lagi?''

''err..er... ehem...ehem.. saya tak tahu la encik di mana cawangan JPJ yang terdekat. '', bias jawapanku. padahal, senang je nak pegi pejabat JP tu. ada je dekat PJ Walk tu. tapi, MALAS.!

encik amrie merengus, '' awak tahu tak, awak akan dikenakan saman sebanyak RM450 sebab TIDAK PAMER LESEN P, TIDAK RENEW LESEN, DAN TIDAK MEMPUNYAI PERLINDUNGAN INSURANS.''

tamparan hebat tepat ke arah mat puisi. ''mana aku nak cekau rm450 ni. saman yang lepas pun tak lunas lagi, nak bayar saman yang ini pula'', bermonolog. senyuman biskut mayat aku lemparkan kepada abang ensem, amrie tu. huhuhu..

tunggu punya tunggu, nasihat demi nasihat, biskut mayat pun da habis, tinggal kopi kelat sahaja yang tinggal, encik amrie berkata,

''baiklah amri. saya beri awak peluang. esok awak janji pergi renew lesen dan pasang 'p' di motor awak. tetapi dengan syarat''.

bisik mat puisi,''syarat apa pulak ni''

''awak mesti belikan kami 7 bungkus TEH O LIMAU AIS untuk kami. kami pun dah penat berdiri dari tadi. boleh tak?'', tegas encik amrie. kadangkala, terselit lucu di wajahnya.

''alamak. dia ni betul-betul atau main-main?'', kekeliruan di situ. ''betul ke ni encik?. kalau betul, saya pergi beli lepas saya makan nanti'', mat puisi pening sedikit.

macam mana ni. kang kalau tak beli, habis duit nanti kena saman. buatnya segala rekod mat puisi telah dicatit. sebab ternampak juga tadi mereka seperti sedang merekod sesuatu di atas buku yang kelihatan seperti BUKU SAMAN. aduh, di dalam dilema sebentar.

encik amrie melepaskan mat puisi pergi. fuh, selamat tak kena saman. tapi, situasi sebentar tadi betul-betul membuat mat puisi terkeliru. nak belikan atau tidak. tidak mengapa. perjalanan untuk mencekik tetap diteruskan. mat puisi tetap mengetuai rombongan ke murni, ss2. makan tetap makan.

sesudah sampai. perbincangan bermula.

topik= belikan mereka air atau tidak?.

kakak kepada sai memberitahu, tak perlu la. takkan lah mereka sanggup nak suruh beli air. mereka bergurau sahaja. jadi, kami memutuskan untuk tidak membeli air tersebut untuk Encik Amrie dan rakan setugasnya. minta maaf. duit tiada. huhuhu

hey, mat puisi terfikir! betul juga. sedangkan yang menerima rasuah berdosa, inikan pula yang memberi rasuah. lagilah berlipat kali ganda dosa yang diterima. hati terlintas, walaupun hanya segelas air untuk mengisi ruang kehausan, jika ia hadir tanpa kerelaan si pemberi dan semata-mata untuk menutup kesalahan yang sepatunya diberikan hukuman, memang jelas itu rasuah.

tetapi, andai keperimanusiaan yang menjadi ukuran?. mat puisi kasihan melihat mereka. sanggup kehausan demi berkhidmat kepada negara tercinta. tetapi kita sewenang-wenangnya membangsati mereka. KASIHAN TAU..!!. tidak mengapa abg polis, mat puisi sentiasa menyokong kalian..!!

so, moral of the story, esok nak kena renew lesen secepat mungkin. or nak tangguh lagi?.. hua3.. n then, cintailah sesama kita. eh. ada kena mengena ke?.. hahaha...

sekian.. nak buat puisi la malam ni..!..;)

2 comments:

malyna said...

oyt. aku singgah. singgah aku balik. haha :)

Amri Bahruji matPuisi said...

eleh... tgk blog aku semata-mata nak suruh aku tgk blog ko.. kui3.. ntah2 x bace pn kn.. huhuhu..

jdi follower aku dulu.. miahahahaa