Pages

hey..!! dah nak abis exam la.. ;)

pelikkan dunia ni..

R asa-rasanya, baru je seminit lepas mat puisi kene marah dgn pembantu mahasiswa (PM) Kolej Kediaman Kesembilan (KK9) Universiti Malaya (UM) sebab mat puisi terlampau baik sangat. tak pernah buat salah. mane x nye, mat puisi je yang volunteer tanye soalan setiap kali habis seisi ceramah daripada org2 pejabat UM.. katanya, kalau x tanye, habislah mati kene baham dek PM-PM y sore mcm harimau kumbang merah tu. hahahaa..

x tau la,.. memang dah jadi adat mat puisi utk selalu bertanya. kalau ada apa-apa soalan y menyumbat ruang fikiran ni, mesti nak tanye. kalau x tanye tu, memang x bole.. rasa berdosa giler.. betul. x tipu. tanyalah kawan2 mat puisi kat matrik dulu. sapa y paling bnyak tanya. kadang2 tu, terpaksa compete ngan member lain sbb masing2 nak tanye cikgu2..

hmm... berbalik pada cerita utama, --mat pusi suke malalut x tentu arah-- dah setahun mat puisi bermastautin kat KL ni. mcm2 kisah mat puisi lalui. pelbagai ragam haiwan dan keraguan manusia mat puisi jumpa. pening kepala..! kalau ada masa, mat puisi cerita..!

memang mat puisi akui, berada di alam kampus sgt2 mencabar. telah berlaku pergolakan sahsiah di sini. kalau dulu, mcm mane sibuk nye kite merencana aktiviti, wjib assignment dan study didahulukan. tapi dunia menjadi lain. banyak sgt rona-rona ''melalaikan'' mat puisi ceburi. tapi, ini adalah pilihan, kehendak, dan naluri yang mat puisi pilih.

perubahan...!! paradigma bebeh!!...


so, mat puisi kena tabahkan hati dan mula bangkit pada seisi depan..!

terasa la juga diri ini sangat2 bodoh apabila pointer sem 1 yang lepas sgt2 menegecewakan dan pointer sem 2 ni pn x tau la dpt brape (rase2 nye, ade perubahan. InsyaAllah) . study tu memanglah study. jawab tu haruslah kena jawab. tapi, study dan jawapan nye ntah hape2... faham x?... ~~bermonolog sekejap~~

hey..!! dah abis exam la..

betul tu amri. memang da habis exam sem 2 ni. kali ni, mat puisi lebih yakin dan tenang jawab exam sebab hampir jumpa formula digital hati mcm mana cara nak belajar dan faham notes y menimbun. **walaupun last minute.. :D** mana x nye, just ambil 4 paper je sem ni. sikit je kan.. ini semua kesan silam sem1 la.. dpt result y mcm gamp~~~~. sory. mat puisi x pandai nak maki. :) harapan utk sem 2 ni, mintak2 la pointer tu lebih baik dari y sebelum nya. xde la pecah jantung mak tgk result nnti.

''mak, jangan risau tau. anak bongsu mak tetap yakin dapat membanggakan mak..! ''

mak selalu call, beliau selalu ckp, study betul2.. solat jgn tinggal. mak selalu doakan adik. ari tu beliau bagi mesej ni kat mat puisi..

''salam.. dek, esok g exam keluar n masok dewan ngan kaki kanan baca doa muga di permudah Allah menjawab soalan. mak sentiasa doa kan mga adk berjaya dunia n akhirat amin''

berderau tengkuk mat puisi bila baca mesej mak. mat puisi baca satu persatu butir perkataan itu. fahami sedalam-dalamnya. tidak sesekali mat puisi terlepas pandang setiap baris perkataan tersebut. lantas, mat puisi hampir menangis. merintik di pipi. TERHARU. beliau memang sgt2 mengharapkan anak-anaknya berjaya. terutamanya aku. anak paling last masuk IPT. so, harapan itu setinggi gunung..!. xpe mak.


ini MOHAMAD AMRI BIN BAHRUJI, di akhirat nanti akan memikul nama berbinkan AMNAH BINTI MOHD NOOR pasti akan berjaya. InsyaAllah.

tidak untuk tahun pertama ini. tetapi percayalah, akan ku yakini beliau dengan seemas doa bertatahkan senyuman.

baiklah, sampai di sini sahaja entry kali ini. mungkin kalian anggap mcm sampah je post ni, tapi rangkuman hati mat puisi semuanya terselingdung disebalik ayat-ayat mat puisi. kalian kena faham betul-betul setiap kata-kata mat puisi ni.

p/s: post ini siap ketika mat puisi sedang menghitung hari menuggu detik paper Business Statistics yang menjadi igauan mahasiswa di fakulti mat puisi..!

0 comments: