Pages

perjalanan mencari jejak Universiti Malaya...



pernah emak aku cakap,

''adik, nanti dah lepas spm, adik masuk la UTM macam kak ija dan anjun tu.,.
tengok sekarang, dah berjaya. mak nak tengok semua anak-anak mak berjaya
sebelum mak menutup mata. tapi, kalau adik nak masuk u lain, mak tak kesah.
yang penting, adik belajar bersungguh-sungguh. jangan buat mak risau.''

Universiti Teknologi Malaysia memang dah klise dalam kefahaman aku. sejak tadika lagi, aku sudah diperkenalkan dengan abang aku, anjun dengan menjadi graduan UTM KL,.. aku tidak mengerti sangat sebab masih lidas lidah ini untuk memahami.

seterusnya, legasi UTM diteruskan oleh akak aku, kak ija di Skudai, JB. kak ija la yang paling berjaya antara keluarga kami. mendapat tajaan MARA untuk program FastTrack terus ke UTM, Skudai. mengambil course Kimia Industri, membuatkan aku sangat respect kat dia. lebih-lebih lagi apabila dia terus fly ke jepun untuk master dan sekarang ni ke UK utk Phd dia.

senang cakap, dia la sumber semangat dan pencetus keringat aku untuk terus berusaha.

nak dijadikan cerita, aku kini bergelar mahasiswa Universiti Malaya yang merupakan universiti paling hebat di Malaysia. ;).. dari pandangan aku dan masyarakat serantau..ni semua berkat doa keluarga, cikgu (tadika, smk semenchu, mrsm batu pahat, kolej mara kuala nerang, KMKN) dan kawan-kawan, dan yang paling penting, hasil titik peluh yang aku bilas sendiri setiap hari.

Alhamdulillah... @__@

ok.. walaupun aku tak dapat nak lunaskan harapan mak aku utk masuk UTM, tapi sekurang-kurangnya aku mampu untuk mengukir kerakan senyuman di bibir tua mak aku.. abah aku??... dia hanya tersenyum. tapi, jauh benakan hati dia, kesyukuran kepada Allah selalu dipanjatkan. aku tahu....

~~lagi cerita sebelu perjalanan yang ditempuh sebelum UM is One ni aku jejak lantai usang 100 tahun nya...

;)

satu permulaan~~~~

sebagai pembuka bicara bagi post blog aku yang pertama ini, tujuan utama bukan untuk mencari gaduh atau menunjukkan kehebatan diri. tetapi hanyalah sebagai meditasi diri untuk meluahkan segala hasrat dan pemikiran realistik aku sebagai salah seorang mahasiswa Universiti Malaya mahupun dalam konteks yang lebih luas, sebagai seorang manusia dan hamba Allah yang kerdil di atas ruang litup bumi ini.

sokongan diperlukan dan pandangan bernas tanpa prasangka dialukan. memikul harapan untuk tidak berputus asa dalam mengorak langkah sebagai mahasiswa perdana menuju kematangan diri sendiri mahupun sidang pembaca sekalian.